Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan pemasa atau jam randik pada iPhone

Dalam app Jam , anda boleh menggunakan pemasa untuk mengira detik daripada waktu tertentu. Anda juga boleh menggunakan jam randik untuk mengira tempoh peristiwa.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Setkan pemasa selama 3 minit” atau “Hentikan pemasa.” Ketahui cara meminta Siri.

Setkan pemasa

  1. Ketik Pemasa.

  2. Setkan tempoh masa dan bunyi untuk dimainkan apabila pemasa tamat.

    Petua: Jika anda mahu tertidur semasa memainkan audio atau video, anda boleh mengesetkan pemasa untuk menghentikan main balik. Ketik Apabila Pemasa Tamat, kemudian ketik Hentikan Main di bahagian bawah.

  3. Ketik Mula.

Pemasa bersambung walaupun jika anda membuka app lain atau iPhone tidur.

Jejak masa dengan jam randik

  1. Ketik Jam Randik. Untuk bertukar antara muka digital dan analog, leret jam randik.

  2. Ketik Mula.

    Pemasaan bersambung walaupun jika anda membuka app lain atau iPhone tidur.

  3. Untuk merekod pusingan atau pisah, ketik Pusingan.

  4. Ketik Henti untuk merekod masa akhir.

  5. Ketik Reset untuk mengosongkan jam randik.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.