Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buat panggilan FaceTime Kumpulan pada iPhone

Dalam app FaceTime , anda boleh menjemput sehingga 32 peserta ke panggilan FaceTime Kumpulan (tidak tersedia di semua rantau; iOS 12.1.4 atau lebih baru).

Nota: iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus menyokong panggilan FaceTime Kumpulan audio sahaja.

Mulakan panggilan FaceTime Kumpulan

  1. Dalam FaceTime, ketik butang Tambah di bahagian kanan atas.

  2. Taip nama atau nombor orang yang anda mahu hubungi dalam medan entri di bahagian atas.

    Anda juga boleh mengetik butang Tambah Kenalan untuk membuka Kenalan dan menambah orang.

  3. Ketik Video untuk membuat panggilan video atau ketik Audio untuk membuat panggilan audio FaceTime.

Panggilan FaceTime kumpulan dengan empat peserta, termasuk pemilik asal. Setiap peserta muncul dalam jubin berasingan, dengan jubin yang lebih besar menunjukkan peserta yang lebih aktif.

Setiap peserta muncul dalam jubin pada skrin. Apabila peserta bercakap, atau anda mengetik jubin, jubin itu berpindah ke depan dan menjadi lebih menonjol. Jubin yang tidak muat pada skrin muncul dalam baris di bahagian bawah. Untuk mencari peserta yang anda tidak nampak, leret menerusi baris. (Para peserta mungkin muncul dalam jubin jika imej tidak tersedia.)

Mulakan panggilan FaceTime Kumpulan daripada perbualan Mesej kumpulan

Dalam perbualan Mesej kumpulan, anda boleh memulakan panggilan FaceTime Kumpulan dengan semua orang sama yang anda berbual bersama dalam perbualan Mesej.

  1. Dalam perbualan Mesej, ketik gambar profil, atau butang Akaun Saya, di bahagian atas perbualan.

  2. Ketik FaceTime.

Tambah orang lain ke panggilan

Sebarang peserta boleh menambah orang lain pada bila-bila masa dalam panggilan FaceTime Kumpulan.

  1. Semasa panggilan FaceTime, ketik skrin untuk membuka kawalan, leret ke atas daripada bahagian atas kawalan, kemudian ketik Tambah Orang.

  2. Taip nama, Apple ID, atau nombor telefon orang yang anda mahu tambah dalam medan entri di bahagian atas.

    Atau ketik butang Tambah untuk menambah orang daripada Kenalan.

  3. Ketik Tambah Orang kepada FaceTime.

Sertai panggilan FaceTime Kumpulan

Apabila seseorang menjemput anda untuk menyertai panggilan FaceTime Kumpulan, anda melihat panggilan masuk. Jika anda menolak panggilan, anda menerima pemberitahuan yang anda boleh mengetik untuk menyertai panggilan pada bila-bila masa semasa ianya aktif.

Tinggalkan panggilan FaceTime Kumpulan

Untuk meninggalkan panggilan kumpulan pada bila-bila masa, ketik butang Tinggalkan panggilan.

Panggilan kekal aktif jika dua atau lebih peserta masih kekal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.