Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Cari iPhone Saya untuk mencari peranti anda

App Cari iPhone Saya membantu anda mencari dan melindungi iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch, AirPods, atau Mac yang hilang atau dicuri. Jika anda kehilangan peranti anda, gunakan app Cari iPhone Saya pada peranti lain, atau gunakan app web Cari iPhone Saya pada sebarang Mac atau PC untuk mencari peranti anda pada peta, menguncinya dari jauh, memainkan bunyi, memaparkan mesej, atau memadamkan semua datanya. Cari iPhone Saya menyertakan ciri yang dipanggil Kunci Pengaktifan yang menghalang sesiapa sahaja daripada mengaktifkan dan menggunakan peranti anda, walaupun ia telah dipadamkan sepenuhnya.

Penting: Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu menyediakan dan mengaktifkan Cari [peranti] Saya pada setiap peranti (kecuali AirPods) sebelum ia hilang. Serta, peranti anda mestilah boleh disambungkan ke Internet. (Cari iPhone Saya diaktifkan secara automatik pada AirPods yang anda gunakan dengan peranti yang mengaktifkan Cari [peranti] Saya.)

Sediakan Cari iPhone Saya

  1. Pergi ke Seting  > Privasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi.

  2. Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Cari iPhone Saya.

  3. Aktifkan Cari iPhone Saya.

  4. Untuk membolehkan peranti anda menghantar lokasi terakhirnya sebelum kehabisan bateri, aktifkan Hantar Lokasi Terakhir.

Ahli keluarga boleh membantu anda mencari peranti anda yang hilang jika anda menyediakan perkongsian lokasi dengan mereka sebelum peranti anda hilang. Lihat Cari peranti ahli keluarga yang hilang.

Cari peranti

  1. Pada iPhone atau peranti iOS lain, buka Cari iPhone Saya.

    Atau pada komputer, pergi ke app web Cari iPhone Saya di iCloud.

  2. Daftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian pilih peranti yang anda mahu cari.

  3. Ketik Tindakan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Mainkan Bunyi: Mainkan bunyi pada kelantangan penuh selama 2 minit, walaupun pendering disetkan kepada senyap.

    • Mod Hilang: Kunci segera peranti anda yang hilang dengan kata laluan dan hantar mesej tersuai pada skrin dengan nombor kenalan. Cari iPhone Saya menjejaki dan melaporkan lokasi peranti anda, supaya anda dapat melihat tempat ia telah berada.

      Apabila peranti yang menyokong Apple Pay berada dalam Mod Hilang, Cari iPhone Saya menggantung kad kredit, debit dan ID pelajar anda serta-merta dan menyahdayakan Apple Pay, walaupun peranti di luar talian. Ia menggantung kad Transit Ekspres apabila peranti dalam talian kali seterusnya. Lihat Keluarkan kad anda daripada Apple Pay jika iPhone anda hilang atau dicuri.

    • Padam peranti anda yang hilang: Lindungi privasi anda dengan memadamkan semua maklumat dan media pada peranti anda yang hilang dan memulihkannya ke seting kilang asal. Kunci Pengaktifan menghalang orang lain daripada mengaktifkan dan menggunakan peranti anda, walaupun selepas anda memadamkannya dengan Cari iPhone Saya. Pada model yang menyokong Apple Pay, memadam iPhone menggantung kad kredit, debit dan ID pelajar anda serta-merta dan menyahdayakan Apple Pay, walaupun peranti di luar talian. Ia menggantung kad Transit Ekspres apabila peranti dalam talian kali seterusnya.

    Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Bantu saya cari iPad saya” atau “Mainkan bunyi pada iPod touch saya.” Ketahui cara meminta Siri.

Sebelum anda menjual atau memberikan iPhone, anda perlu memadamkan sepenuhnya dalam Seting , yang mengeluarkan Kunci Pengaktifkan. Kemudian pemilik seterusnya boleh mengaktifkan dan menggunakan peranti itu dengan normal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.