Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Langgan ke Apple Muzik pada iPhone

Apple Music ialah perkhidmatan strim muzik tanpa iklan yang membolehkan anda mendengar berjuta-juta lagu dan pustaka iTunes anda. Sebagai pelanggan, anda boleh mendengar bila-bila masa—dalam atau luar talian—dan cipta senarai main anda sendiri, dapatkan pengesyoran yang diperibadikan, lihat muzik yang rakan anda sedang dengar, tonton kandungan video eksklusif dan banyak lagi.

Sertai Apple Music

Sertai Apple Music apabila anda membuka app Muzik untuk kali pertama ; untuk menyertai kemudian, pergi ke Seting  > Muzik, kemudian ketik Mulakan Percubaan Percuma. Terdapat tiga pelan langganan:

  • Langganan individu: Dapatkan akses ke katalog penuh Apple Music, pengesyoran pakar dan stesen radio atas permintaan.

  • Langganan keluarga: Sehingga enam orang boleh menikmati akses tanpa had ke Apple Music pada peranti mereka.

  • Langganan pelajar: Dapatkan akses penuh ke Apple Music, pada harga yang direka untuk pelajar.

    Jika anda pelajar di sekolah yang berkelayakan, anda boleh menyertai Apple Music pada harga diskaun langganan sehingga 48 bulan (4 tahun). Masanya tidak semestinya berterusan. Langganan pelajar tidak tersedia di semua lokasi (lihat lokasi ia tersedia).

Pelanggan baru boleh mulakan percubaan dan batalkan pada bila-bila masa. Jika anda tamatkan langganan Apple Music, anda tidak boleh menstrim lagu Apple Music atau memainkan lagu Apple Music yang anda muat turun.

Tunjukkan atau sembunyikan ciri-ciri langganan

  1. Pergi ke Seting , kemudian ketik Muzik.

  2. Aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan Apple Muzik.

Pilih pilihan data selular untuk Muzik

Pergi ke Seting  > Muzik > Data Selular, apabila anda boleh melakukan yang berikut:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan penstriman

  • Pilih Penstriman Kualiti Tinggi

    Penstriman Kualiti Tinggi menggunakan lebih banyak data selular dan lagu mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mula bermain.

  • Benarkan muat turun muzik menerusi selular

Jika anda bukan pelanggan, anda boleh menggunakan Muzik untuk mendengar muzik yang diselaraskan ke iPhone anda daripada iTunes, main dan muat turun pembelian iTunes Store sebelumnya, serta mendengar Beats 1 untuk percuma.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.