Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Touch ID pada iPhone

Gunakan Touch ID (model disokong) untuk membuka kunci iPhone, benarkan pembelian dan bayaran serta daftar masuk ke banyak app pihak ketiga dengan menekan butang Utama menggunakan jari atau ibu jari anda.

Untuk menggunakan Touch ID, anda juga mesti menyediakan kod laluan pada iPhone anda.

Aktifkan pengecaman cap jari

  1. Jika anda tidak mengaktifkan pengecaman cap jari kali pertama anda menyediakan iPhone anda, pergi ke Seting  > Touch ID & Kod Laluan.

  2. Aktifkan mana-mana daripada pilihan, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Jika anda mengaktifkan iTunes & App Store, anda diminta kata laluan Apple ID anda semasa anda membuat pembelian pertama anda daripada iTunes Store, App Store, atau Apple Books. Apabila anda membuat pembelian seterusnya, anda diminta untuk menggunakan Touch ID.

Tambah cap jari

Anda boleh menambah berbilang cap jari (kedua ibu jari dan jari telunjuk anda, contohnya).

  1. Pergi ke Seting  > Touch ID & Kod Laluan.

  2. Ketik Tambah Cap Jari.

  3. Ikuti arahan atas skrin.

Namakan atau padamkan cap jari

  1. Pergi ke Seting  > Touch ID & Kod Laluan.

    Jika anda menambah lebih daripada satu cap jari, letakkan jari pada butang Utama untuk mengecam capnya.

  2. Ketik cap jari, kemudian masukkan nama (seperti “Ibu Jari”) atau ketik Padam Cap Jari.

Buka kunci iPhone dengan menyentuh berbanding menekan butang Utama

Pergi ke Seting  > Umum > Kebolehcapaian > Butang Utama, kemudian aktifkan Letak Jari untuk Buka.

Nyahaktifkan Touch ID

Pergi ke Seting  > Touch ID & Kod Laluan, kemudian nyahaktifkan satu atau lebih pilihan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.