Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPhone

Pusat Kawalan pada iPhone memberikan anda akses segera ke kawalan berguna—termasuklah mod pesawat, Jangan Ganggu, lampu suluh, kelantangan, kecerahan skrin—dan app.

Buka Pusat Kawalan

  • Pada iPhone dengan Face ID: Leret ke bawah dari bahagian pinggir kanan atas. Untuk menutup Pusat Kawalan, leret ke atas dari bahagian bawah.

  • Pada iPhone dengan butang Utama: Leret ke atas dari bahagian bawah. Untuk menutup Pusat Kawalan, leret ke bawah atau tekan butang Utama.

Akses lebih banyak kawalan dalam Pusat Kawalan

Banyak kawalan menawarkan pilihan tambahan. Untuk melihat pilihan tersedia, sentuh dan tahan kawalan. Contohnya, anda boleh melakukan yang berikut dalam Pusat Kawalan:

  • Sentuh dan tahan kumpulan kawalan di bahagian kiri atas, kemudian ketik butang AirDrop untuk membuka pilihan AirDrop.

  • Sentuh dan tahan butang Kamera untuk mengambil selfie, foto, atau merakam video.

    Dua skrin Pusat Kawalan sebelah-menyebelah—yang di kiri menunjukkan kawalan untuk mod pesawat, data selular, Wi-Fi dan Bluetooth di kumpulan kiri atas serta mempunyai petak bual yang mengatakan untuk sentuh dan tahan ikon Kamera di bahagian bawah kanan untuk melihat pilihan Kamera. Skrin di bahagian kanan menunjukkan pilihan tambahan untuk Kamera: Ambil Swafoto, Rakam Video, Ambil Gambar Potret dan Ambil Swafoto Potret.

Tambah dan susun kawalan

Anda boleh menyesuaikan Pusat Kawalan dengan menambah lebih banyak kawalan dan pintasan ke kebanyakan app, seperti Kalkulator, Nota, Memo Suara dan banyak lagi.

  1. Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan.

  2. Untuk menambah atau mengeluarkan kawalan, ketik butang Masukkan atau butang Keluarkan.

  3. Untuk menyusun semula kawalan, sentuh butang Susun Semula bersebelahan kawalan, kemudian seretnya ke kedudukan baru.

Putuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu

Dalam Pusat Kawalan, ketik butang Suis Wi-Fi; untuk sambung semula, ketiknya sekali lagi.

Untuk melihat nama rangkaian Wi-Fi yang bersambung, sentuh dan tahan butang Tukar Wi-Fi.

Disebabkan Wi-Fi tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan rangkaian, AirPlay dan AirDrop masih berfungsi dan iPhone menyertai rangkaian dikenali apabila anda bertukar lokasi atau memulakan semula iPhone. Untuk menyahaktifkan Wi-Fi, pergi ke Seting  > Wi-Fi. (Untuk mengaktifkan Wi-Fi semula dalam Pusat Kawalan, ketik butang Tukar Wi-Fi.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara.

Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth buat sementara waktu

Dalam Pusat Kawalan, ketik butang Suis Bluetooth; untuk membenarkan sambungan, ketik butang sekali lagi.

Disebabkan Bluetooth tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan peranti, ketepatan lokasi dan perkhidmatan lain masih didayakan. Untuk menyahaktifkan Bluetooth, pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian nyahaktifkan Bluetooth. Untuk mengaktifkan Bluetooth semula dalam Pusat Kawalan, ketik butang Tukar Bluetooth. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Bluetooth dalam Pusat Kawalan semasa dalam mod pesawat, lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara.

Nyahaktifkan akses ke Pusat Kawalan dalam app

Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian nyahaktifkan Akses Dalam App.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.