Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dengar dengan AirPods pada iPhone

Gunakan AirPods untuk mendengar audio daripada iPhone anda.

Dengar perkara yang dimainkan pada iPhone anda

Letakkan satu atau kedua-dua AirPods dalam telinga anda.

Petua: Anda boleh berkongsi perkara yang anda dengar dengan rakan yang memakai AirPods atau fon kepala atau fon telinga Beats yang serasi. Lihat Kongsi audio dengan AirPods dan fon kepala Beats daripada iPhone.

Hentikan audio

Keluarkan kedua-dua AirPods daripada telinga anda, atau jika anda hanya memakai satu AirPods, keluarkan AirPods tersebut.

Jika anda mengembalikan satu AirPods ke telinga anda dalam masa 15 saat, main diteruskan secara automatik.

Jeda audio

  • Semua model: Semasa mendengar dengan kedua-dua AirPods, keluarkan salah satu. Apabila anda mengembalikan AirPods ke telinga anda, main diteruskan secara automatik.

  • AirPods Pro: Tekan Force Sensor pada salah satu AirPods anda. Untuk meneruskan main balik, tekan lagi.

    Ilustrasi AirPod kanan menunjukkan lokasi Force Sensor. Apabila AirPod diletakkan di dalam telinga, Force Sensor berada di pinggir atas batang.

    Nota: Jika anda menekan Force Sensor terlalu lama, loceng berbunyi dan mod kawalan bunyi berubah. Tekan dan tahan Force Sensor untuk kembali ke mod yang anda mahu, kemudian cuba menjeda atau meneruskan main balik lagi.

  • AirPods: (Generasi ke-2) Dwiketik salah satu AirPods anda. Untuk meneruskan main, dwiketik AirPods lagi.

  • AirPods: (Generasi pertama) Anda boleh mengeset salah satu AirPod anda untuk menjeda apabila anda mendwiklik AirPod, kemudian meneruskan main apabila anda mendwiklik AirPod lagi. Lihat Laraskan seting AirPods dengan iPhone.

Langkau trek

  • AirPods Pro: Untuk melangkau ke depan, dwitekan Force Sensor pada salah satu AirPods anda. Untuk melangkau ke belakang, tekan sensor tiga kali.

  • AirPods: (Generasi ke-2) Untuk melangkau ke depan, dwiketik salah satu AirPods anda. Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melangkau ke belakang apabila anda dwiketik AirPods. Lihat Laraskan seting AirPods dengan iPhone.

  • AirPods: (Generasi pertama) Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melangkau ke depan atau ke belakang apabila anda dwiketik AirPods. Lihat Laraskan seting AirPods dengan iPhone.

Tukar mod kawalan bunyi (AirPods Pro)

Buka Pusat Kawalan, tekan dan tahan kawalan kelantangan, kemudian pilih salah satu seting di bahagian bawah skrin:

  • Pembatalan Bunyi: Sekat bunyi luaran.

  • Kelutsinaran: Membolehkan anda mendengar persekitaran sekeliling anda.

  • Tidak Aktif: Nyahaktifkan pembatalan bunyi dan kelutsinaran.

Petua: Untuk menukar mod dengan cepat, tekan dan tahan Force Sensor pada salah satu AirPods anda sehingga anda mendengar loceng. (Dalam Seting, anda boleh memilih mod yang tersedia. Lihat Laraskan seting AirPods dengan iPhone.)

Tukar kelantangan

Panggil Siri, kemudian katakan seusatu seperti “Kurangkan kelantangan.” Atau seret gelangsar kelantangan pada skrin destinasi main balik, pada skrin Kunci, atau dalam Pusat Kawalan.

Anda boleh menggunakan Kesihatan pada iPhone untuk memantau paras audio daripada AirPods anda. Ini boleh membantu memahami tempoh dan kekerapan anda terdedah kepada kelantangan tinggi kerana ini boleh menjejaskan pendengaran anda. Lihat Pantau paras audio pada iPhone.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AirPods, termasuk cara untuk membersihkan AirPods serta cara menggunakan AirPods dengan Mac dan peranti Bluetooth lain, lihat tapak web sokongan AirPods.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.