Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Edit foto dan video pada iPhone

Gunakan alat dalam app Foto untuk mengedit foto dan video pada iPhone anda. Apabila anda menggunakan Foto iCloud, sebarang editan yang anda lakukan disimpan merentas semua peranti anda.

Lihat Gunakan Foto iCloud pada iPhone.

Laraskan cahaya dan warna

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

    Skrin Edit dengan foto di bahagian tengah. Di bawah foto ialah butang pengeditan untuk Serlahan, Bayang, Kecerahan, Titik Hitam dan Ketepuan. Kecerahan dipilih. Di bawah butang pengeditan ialah gelangsar untuk melaraskan tahap Kecerahan. Di bawah gelangsar dari kiri ke kanan ialah butang Batal, Potret, Edit, Tapis, Pangkas, dan Selesai. Butang Pilihan Lanjut berada di penjuru kanan atas.
  2. Ketik Edit, kemudian leret ke kiri di bawah foto untuk melihat butang pengeditan bagi setiap kesan seperti Pendedahan, Terang dan Serlahan.

  3. Ketik butang, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kesan.

    Paras pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan dipaparkan oleh garis kasar di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan.

  4. Untuk menyemak semula kesan, ketik butang kesan untuk melihat tangkapan sebelum dan selepas kesan digunakan (atau ketik foto untuk togol antara versi diedit dan asal).

  5. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.

Petua: Ketik butang Peningkatan untuk mengedit foto atau video anda dengan kesan secara automatik.

Pangkas, putar, atau balikkan foto

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, ketik , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Pangkas secara manual: Seret penjuru segi empat tepat untuk mengurung kawasan yang anda mahu simpan dalam foto, atau anda boleh cubit buka atau tutup foto.

    • Pangkas ke nisbah praset standard: Ketik butang Pangkas Standard, kemudian pilih nisbah seperti Segi Empat Sama, 2:3, 8:10 dan banyak lagi.

    • Putar: Ketik butang Putar untuk memutarkan foto 90 darjah.

    • Balikkan: Ketik butang Balikkan untuk membalikkan imej secara mendatar.

  3. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.

Luruskan dan laraskan perspektif

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, kemudian ketik .

  3. Pilih butang kesan untuk meluruskan, melaraskan perspektif menegak, atau melaraskan perspektif mendatar.

  4. Seret gelangsar untuk melaraskan kesan.

    Tahap pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan dipaparkan oleh garis kasar kuning di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan. Ketik butang untuk togol antara kesan diedit dan yang asal.

    Skrin Putar.
  5. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda.

Nota: Pada model dengan kamera Ultra Lebar, kawasan yang ditangkap di luar bingkai kamera boleh digunakan untuk melaraskan perspektif dan penjajaran secara automatik. Ikon Auto berwarna biru muncul di atas foto apabila pelarasan automatik digunakan. Lihat Tangkap kandungan di luar bingkai kamera pada iPhone.

Gunakan kesan penapis

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, kemudian ketik butang Tapis untuk menggunakan kesan penapis, seperti Terang, Dramatik, atau Ton Perak.

  3. Ketik penapis, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kesan.

  4. Untuk membandingkan foto diedit dengan foto asal, ketik foto.

  5. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.

Tukar foto diedit

Selepas anda mengedit foto dan menyimpan perubahan, anda boleh bertukar kembali kepada imej asal.

  1. Buka imej diedit, ketik Edit, kemudian ketik Tukar.

  2. Ketik Tukar ke Asal.

Tandakan foto

  1. Ketik foto untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, kemudian ketik butang Pemalam.

  3. Ketik Penanda .

  4. Anotasi foto menggunakan alat melukis dan warna berlainan. Ketik butang Tambah Anotasi untuk menambah bentuk, teks, atau tandatangan anda.

Lihat Lukis dalam app dengan Penanda pada iPhone.

Potong video

  1. Dalam Foto, buka video, kemudian ketik Edit.

  2. Seret mana-mana hujung pemapar bingkai, kemudian ketik Selesai.

  3. Ketik Simpan Video untuk menyimpan hanya video yang dipangkas, atau ketik Simpan Video sebagai Klip Baru untuk menyimpan kedua-dua versi video (iOS 13.3 atau lebih baru).

    Video dengan pemapar bingkai merentas bahagian bawah. Butang Batal dan Main berada di bahagian kiri bawah dan butang Selesai berada di bahagian kanan bawah.

Untuk membuat asal pangkas selepas anda menyimpan, buka video, ketik Edit, kemudian ketik Kembali.

Nota: Video yang disimpan sebagai klip baru tidak boleh dikembalikan ke asal.

Setkan bahagian gerak perlahan video yang dirakam dalam Slo-mo

  1. Buka video yang dirakam dalam Slo-mo, kemudian ketik Edit.

  2. Seret bar menegak putih di bawah pemapar bingkai untuk mengesetkan bahagian video yang dimainkan dalam gerak perlahan.

Lihat Rakam video gerak perlahan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.