Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat Rumah pada iPhone

App Rumah memberikan cara yang selamat untuk mengawal dan mengautomasikan aksesori didayakan HomeKit, seperti lampu, kunci, TV pintar, termostat, bidai tingkap, palam pintar dan kamera. Dalam iOS 13.2, iPadOS 13.2, atau lebih baru, anda juga boleh menggunakan Rumah untuk melihat dan menangkap video daripada kamera keselamatan yang disokong. Dengan Rumah, anda boleh mengawal sebarang aksesori Berfungsi dengan Apple HomeKit menggunakan iPhone.

Tab rumah, menunjukkan suasana dan aksesori yang telah ditandakan sebagai kegemaran. Ringkasan status rumah juga ditunjukkan Tab lain merentas bahagian bawah ialah Bilik dan Automasi.

Selepas anda menyediakan rumah anda dan biliknya, anda boleh mengawal aksesori secara individu, atau menggunakan suasana untuk mengawal berbilang aksesori dengan satu perintah. Contohnya, anda boleh mencipta suasana yang dipanggil “bangun” yang menghidupkan lampu di dapur, meningkatkan termostat, memainkan senarai main waktu pagi anda di HomePod dapur dan membuka kunci pintu hadapan.

Untuk mengawal rumah anda secara automatik dan secara jauh, anda mesti mempunyai Apple TV (generasi ke-4 atau lebih baru), HomePod, atau iPad (dengan iOS 10.3, iPadOS 13, atau lebih baru) yang anda tinggalkan di rumah. Anda boleh menjadualkan suasana untuk berjalan secara automatik pada masa tertentu, atau apabila anda mengaktifkan aksesori tertentu (sebagai contoh, apabila anda membuka kunci pintu hadapan). Ini juga membenarkan anda dan orang lain yang anda jemput, untuk mengawal rumah anda dengan selamat semasa anda tiada di rumah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.