Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah muzik ke iPhone dan dengar diluar talian

Dalam app Muzik , pelanggan Apple Music boleh menambah dan memuat turun lagu dan video. Muzik yang anda tambah ke iPhone boleh distrimkan apabila anda mempunyai sambungan Internet. Untuk memainkan muzik apabila anda tidak bersambung ke Internet, anda mesti memuat turunnya dahulu.

Tambahkan muzik daripada Apple Music ke pustaka anda

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Sentuh dan tahan lagu, album, senarai main atau video, kemudian ketik Tambah ke Pustaka.

  • Apabila melihat kandungan album atau senarai main, ketik Tambah untuk menambah album atau senarai main atau ketik butang Tambah untuk menambah lagu individu.

  • Pada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tambah ke Pustaka.

Untuk memadam muzik daripada pustaka, sentuh dan tahan lagu, album, senarai main atau video muzik, kemudian ketik Padam daripada Pustaka.

Muzik yang anda tambahkan ke iPhone juga ditambahkan ke peranti lain yang anda daftar masuk ke iTunes Store dan App Store menggunakan Apple ID yang sama dan mengaktifkan Pustaka Muzik iCloud (pergi ke Seting , kemudian ketik Muzik).

Tambahkan muzik ke senarai main

  1. Sentuh dan tahan album, senarai main, lagu atau video muzik.

  2. Ketik Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih senarai main.

Muat turun muzik daripada Apple Music ke iPhone anda

  • Muat turun lagu, album atau senarai main: Ketik butang Muat Turun selepas menambahkan muzik.

    Nota: Anda mesti mengaktifkan Selaraskan Pustaka untuk memuat turun muzik daripada Apple Music ke pustaka anda (pergi ke Seting  > Muzik , kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka).

  • Sentiasa muat turun muzik: Pergi ke Seting > Muzik, kemudian aktifkan Muat Turun Automatik.

    Lagu yang anda tambah dimuat turun secara automatik ke iPhone.

  • Lihat kemajuan muat turun: Pada skrin Pustaka, ketik Muzik Dimuat Turun, kemudian ketik Memuat Turun.

Uruskan ruang storan

  • Kosongkan storan muzik: Jika ruang storan iPhone kurang, anda boleh mengeluarkan muzik dimuat turun yang sudah lama anda tidak mainkan secara automatik. Pergi ke Seting  > Muzik > Optimumkan Storan.

  • Keluarkan muzik dan video yang disimpan pada iPhone: Sentuh dan tahan lagu, album, senarai main, video muzik, rancangan TV, atau filem yang anda telah muat turun. Ketik Keluarkan, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

    Item ini dipadamkan dalam iPhone, tetapi tidak dalam Pustaka Muzik iCloud.

  • Keluarkan semua lagu atau artis khusus daripada iPhone: Pergi ke Seting > Muzik > Muzik Dimuat Turun, ketik Edit, kemudian ketik butang Padam bersebelahan Semua Lagu atau artis yang anda mahu padamkan muziknya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.