Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hadkan penyasaran iklan pada iPhone

Anda boleh menyahaktifkan iklan berdasarkan lokasi, hadkan pengiklanan disasarkan dalam App Store dan News, serta halang penjejakan silang tapak dalam Safari.

Nyahaktifkan iklan berdasarkan lokasi

Pergi ke Seting  > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem, kemudian nyahaktifkan Apple Ads Berdasarkan Lokasi.

Hadkan penjejakan iklan

Pergi ke Seting  > Privasi > Pengiklanan (di bahagian bawah skrin), kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

  • Tarik diri daripada pengiklanan disasarkan: Aktifkan Hadkan Penjejakan Iklan.

  • Reset pengecam yang membantu menentukan iklan yang mungkin penting untuk anda: Ketik Reset Pengecam Pengiklanan.

Nota: Apabila anda memilih mana-mana pilihan, anda mungkin masih menerima bilangan iklan yang sama, tetapi mungkin kurang berkaitan dengan anda.

Lihat maklumat yang Apple gunakan untuk menghantar iklan disasarkan

Pergi ke Seting  > Privasi > Pengiklanan > Lihat maklumat Iklan.

Maklumat digunakan oleh Apple untuk menghantar iklan yang lebih berkaitan dalam App Store dan News. Data peribadi anda tidak diberikan kepada pihak lain.

Simpan aktiviti pelayaran Safari kepada anda sendiri

Semasa melayari web, anda boleh menghalang penjejakan silang tapak, menyekat kuki, memadam sejarah pelayaran anda dan banyak lagi. Lihat Layari secara peribadi dalam Safari pada iPhone untuk Safari.

Ketahui lanjut tentang privasi dan platform pengiklanan Apple.

Pergi ke Seting  > Privasi > Pengiklanan > Perihal Pengiklanan & Privasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.