Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Mesej pada iPhone

Dalam app Mesej , anda boleh menghantar mesej teks sebagai mesej SMS/MMS menerusi perkhidmatan selular anda, atau dengan iMessage melalui Wi-Fi atau perkhidmatan selular kepada orang yang menggunakan iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac. Teks yang anda hantar dan terima menggunakan iMessage tidak dikira daripada peruntukan SMS/MMS anda dalam pelan pemesejan selular anda, tetapi kadar data selular mungkin dikenakan.

Teks iMessage boleh disertakan foto, video dan info lain. Anda boleh melihat apabila orang lain menaip dan boleh menghantar resit dibaca untuk memberitahu mereka masa anda membaca mesej mereka. Untuk keselamatan, mesej dihantar menggunakan iMessage disulitkan sebelum dihantar.

Teks iMessage muncul dalam gelembung biru dan teks SMS/MMS muncul dalam gelembung hijau. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal iMessage dan SMS/MMS.

Daftar masuk ke iMessage

  1. Pergi ke Seting  > Mesej.

  2. Aktifkan iMessage.

Daftar masuk ke iMessage pada Mac dan peranti Apple lain anda menggunakan Apple ID yang sama

Jika anda mendaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama pada semua peranti anda, semua mesej yang anda hantar dan terima pada iPhone juga muncul pada peranti Apple lain anda. Hantar mesej daripada peranti yang paling dekat dengan anda, atau gunakan Handoff untuk memulakan perbualan pada satu peranti dan menyambungnya pada peranti lain.

  1. Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda, pergi ke Seting  > Mesej, kemudian aktifkan iMessage.

  2. Pada Mac anda, buka Mesej, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

    • Jika anda mendaftar masuk buat kali pertama, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk.

    • Jika anda telah mendaftar masuk sebelum ini dan mahu menggunakan Apple ID berlainan, pilih Mesej > Keutamaan, klik iMessage, kemudian klik Daftar Keluar.

Dengan Kesinambungan, semua mesej SMS/MMS anda hantar dan terima pada iPhone juga muncul pada peranti iOS dan Mac anda yang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk bersambung ke Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.

Gunakan Mesej dalam iCloud

Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Mesej (jika ia belum diaktifkan).

Setiap mesej yang anda hantar dan terima pada iPhone anda disimpan dalam iCloud. Juga, apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada peranti baru yang juga mempunyai Mesej dalam iCloud diaktifkan, semua perbualan anda muncul di sana secara automatik.

Disebabkan mesej anda dan sebarang lampiran disimpan dalam iCloud, anda mungkin mempunyai lebih ruang kosong pada iPhone anda apabila anda memerlukannya. Gelembung mesej, seluruh perbualan dan lampiran yang anda padamkan daripada iPhone juga dipadamkan daripada peranti Apple anda yang lain (iOS 11.4, iPadOS 13, macOS 10.13.5, atau lebih baru) apabila Mesej dalam iCloud diaktifkan.

Lihat artikel Sokongan Apple Simpan semua mesej anda dalam iCloud.

Nota: Mesej dalam iCloud menggunakan storan iCloud. Lihat Uruskan seting Apple ID dan iCloud pada iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang storan iCloud.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.