Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kemas kini iOS pada iPhone

Apabila anda mengemas kini ke versi terkini iOS, data dan seting anda tidak berubah.

Nota: Sebelum anda mengemas kini, sediakan iPhone untuk sandar secara automatik, atau sandarkan peranti anda secara manual.

Kemas kini iPhone secara automatik

Jika anda tidak mengaktifkan kemas kini automatik semasa anda mula-mula menyediakan iPhone anda, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kemas Kini Perisian.

  2. Ketik Sesuaikan Kemas Kini Automatik (atau Kemas Kini Automatik). Dengan iOS 13.6 atau lebih baru, anda boleh memilih untuk memuat turun dan/atau memasang kemas kini secara automatik.

Apabila kemas kini tersedia, iPhone memuat turun dan memasang kemas kini semalaman semasa mengecas dan disambungkan ke Wi-Fi. Anda akan dimaklumkan sebelum kemas kini dipasang.

Kemas kini iPhone secara manual

Pada bila-bila masa, anda boleh menyemak dan memasang kemas kini perisian. Pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian. Skrin menunjukkan versi iOS yang sedang dipasang dan sama ada kemas kini tersedia.

Untuk menyahaktifkan kemas kini automatik, pergi ke Seting  > Umum > Kemas Kini Perisian > Sesuaikan Kemas Kini Automatik (atau Kemas Kini Automatik).

Kemas kini menggunakan komputer anda

  1. Sambungkan iPhone dan komputer anda menggunakan USB.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Dalam bar sisi Finder pada Mac anda: Pilih iPhone anda, kemudian klik Umum di bahagian atas tetingkap.

      Nota: Untuk menggunakan Finder bagi mengemas kini iPhone anda, macOS Catalina diperlukan. Dengan versi macOS yang lebih awal, gunakan iTunes untuk mengemas kini iPhone anda.

    • Dalam app iTunes pada Windows PC anda: Klik butang iPhone berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes, kemudian Klik Ringkasan.

  3. Klik Semak untuk Kemas Kini.

  4. Untuk memasang kemas kini yang tersedia, klik Kemas Kini.

Lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini ke iOS terkini dan Jika anda tidak boleh mengemas kini atau memulihkan iPhone, iPad, atau iPod touch anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.