Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari podcast pada iPhone

Gunakan app Podcast untuk mencari dan memainkan rancangan percuma—sama seperti rancangan radio atau TV—tentang sains, berita, politik, komedi dan banyak lagi. Jika anda melanggan kepada rancangan, iPhone memuat turun episod baru secara automatik semasa ia dikeluarkan.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Cari podcast Voyage To The Stars”. Ketahui cara meminta Siri.

Cari dan langgan rancangan

  • Temui rancangan: Ketik Layari untuk melihat rancangan Ditampilkan atau Carta Teratas. Anda juga boleh melayari megikut kategori atau penyedia kandungan.

  • Cari mengikut tajuk, orang, atau topik: Ketik Cari, kemudian masukkan perkara yang anda cari.

  • Langgan rancangan: Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya, kemudian ketik Langgan.

Dengar rancangan dilanggan anda

  1. Ketik Dengar Sekarang.

    Tab Dengar Sekarang menunjukkan episod dikemas kini terbaru.
  2. Untuk memuat turun episod untuk dimainkan di luar talian, ketik ikon Muat Turun. Jika anda tidak melihat ikon Muat Turun, episod telah dimuat turun.

    Untuk mendapatkan pemberitahuan apabila episod baru tersedia, ketik butang Seting Pemberitahuan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.