Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar hias latar pada iPhone

Pada iPhone, pilih imej atau foto sebagai hias latar untuk skrin Kunci atau skrin Utama. Anda boleh memilih daripada imej dinamik dan pegun.

Skrin seting hias latar, dengan butang untuk memilih hias latar baru di bahagian atas dan imej skrin Kunci dan skrin Utama dengan hias latar semasa.

Tukar hias latar

  1. Pergi ke Seting  > Hias Latar > Pilih Hias Latar Baru.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pilih imej praset daripada kumpulan di bahagian atas skrin (Dinamik, Pegun dan sebagainya).

      Hias latar yang ditanda dengan butang Penampilan bertukar penampilan apabila Mod Gelap diaktifkan.

    • Pilih satu daripada foto anda (ketik album, kemudian ketik foto).

      Untuk menempatkan semula imej dipilih anda, cubit buka untuk zum masuk, kemudian seret imej dengan jari anda untuk menggerakkannya. Cubit tutup untuk zum keluar.

  3. Ketik Set, kemudian pilih satu daripada berikut:

    • Set Skrin Kunci

    • Set Skrin Utama

    • Set Keduanya

Setkan Live Photo sebagai hias latar untuk skrin Kunci

Apabila anda setkan Live Photo sebagai hias latar, sentuh dan tahan skrin Kunci untuk memainkan Live Photo—pada semua model iPhone kecuali iPhone SE (generasi pertama).

  1. Pergi ke Seting  > Hias Latar > Pilih Hias Latar Baru.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik Live, kemudian pilih satu Live Photo.

    • Ketik album Live Photos anda, kemudian pilih Live Photo (anda mungkin perlu menunggunya muat turun).

  3. Ketik Setkan, kemudian pilih Setkan Skrin Kunci atau Setkan Keduanya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.