Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan audio daripada iPhone pada HomePod dan speaker wayarles lain

Anda boleh memainkan audio daripada iPhone pada peranti wayarles seperti HomePod, Apple TV, TV pintar didayakan AirPlay 2 dan fon kepala dan speaker Bluetooth.

Main audio daripada iPhone pada peranti wayarles

  1. Pada iPhone anda, buka app audio, seperti Muzik, kemudian pilih item untuk dimainkan.

  2. Ketik butang Destinasi Main Balik, kemudian pilih destinasi main balik.

    Kawalan main balik pada skrin Kini Dimainkan untuk Muzik, termasuklah butang Destinasi Main Balik di bahagian bawah skrin.

    Nota: Jika peranti didayakan AirPlay 2 anda tidak kelihatan dalam senarai destinasi main balik, pastikan peranti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Dengan peranti Bluetooth, destinasi main balik kembali ke iPhone jika anda mengalihkan peranti keluar daripada julat Bluetooth.

Semasa audio dimainkan, anda boleh menukar destinasi main balik daripada skrin Kunci atau Pusat Kawalan. Daripada skrin Kunci, ketik butang AirPlay. Daripada Pusat Kawalan, sentuh dan tahan kawalan Kini Dimainkan, kemudian ketik butang AirPlay.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan peranti audio Bluetooth, lihat Pasangkan peranti Bluetooth.

Mainkan audio pada berbilang peranti yang didayakan AirPlay 2

Dengan AirPlay 2 dan iPhone, anda boleh memainkan audio pada berbilang peranti didayakan AirPlay 2 yang bersambung pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Sebagai contoh, anda boleh memainkan senarai main parti pada speaker HomePod dalam bilik tamu dan dapur, pada Apple TV dalam bilik tidur dan pada TV pintar didayakan AirPlay 2 dalam den.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti:

  • “Berhenti memainkan muzik di mana-mana sahaja”

  • “Setkan kelantangan bilik makan kepada 10 peratus”

  • “Apa yang bermain di dapur?”

  • “Mainkan lagu yang saya suka di dapur”

  • “Tambah speaker ruang tamu”

  • “Keluarkan muzik daripada dapur”

  • “Pindahkan muzik ke den”

Anda juga boleh memilih destinasi main balik daripada skrin iPhone.

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Dalam app audio seperti Muzik atau Podcast: Ketik Kini Dimainkan di bahagian bawah skrin, kemudian ketik butang AirPlay.

    • Daripada Pusat Kawalan: Sentuh dan tahan kawalan Kini Dimainkan, kemudian ketik butang AirPlay.

    • Daripada skrin Kunci: Ketik butang AirPlay.

  2. Pilih setiap peranti yang anda mahu gunakan.

    Skrin iPhone menunjukkan HomePod dan Apple TV sebagai destinasi audio dipilih.

Nota: Peranti yang disusun dalam pasangan stereo dianggap sebagai peranti audio tunggal.

Serahkan audio daripada iPhone ke HomePod

Semasa memainkan audio daripada Muzik, Podcast, atau app audio lain, bawa iPhone berdekatan bahagian atas HomePod.

Penyerahan audio memerlukan keperluan berikut:

  • iPhone dan HomePod mesti berada dalam rumah HomeKit yang sama dan pada rangkaian Wi-Fi yang sama.

  • Anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada kedua-dua peranti.

  • Peranti anda mesti mempunyai Bluetooth diaktifkan dalam Seting dan berada dalam julat Bluetooth antara satu sama lain (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter).

Untuk menyahdayakan Handoff antara iPhone dan HomePod serta peranti lain, pergi ke Seting > Umum > AirPlay & Handoff.

Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan speaker HomePod dan Apple TV, lihat Panduan Pengguna HomePod dan Panduan Pengguna Apple TV.

Untuk senarai TV pintar didayakan AirPlay 2, lihat Tapak web aksesori Rumah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.