Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar Seting dalam CarPlay

Dalam Seting pada CarPlay, anda boleh mengaktifkan Jangan Ganggu Semasa Memandu, menukar penampilan CarPlay, mengaktifkan atau menyahaktifkan cadangan dalam Papan Pemuka CarPlay serta menunjukkan atau menyembunyikan karya seni album.

Gunakan Jangan Ganggu Semasa Memandu dengan CarPlay.

Jangan Ganggu Semasa Memandu membantu anda kekal fokus pada jalan raya. Apabila iPhone anda disambungkan ke CarPlay, pemberitahuan dan mesej teks disenyapkan atau dihadkan.

  1. Buka Seting dalam CarPlay menggunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda.

    Nota: Jika anda melihat Papan Pemuka CarPlay dan Seting tidak kelihatan dalam senarai app terbaru di sebelah kiri, ketik butang Utama untuk melihat halaman semua app CarPlay anda, termasuk Seting.

  2. Pilih Jangan Ganggu Semasa Memandu.

  3. Aktifkan Aktifkan dengan CarPlay.

Apabila anda tidak memandu, anda boleh melakukan yang berikut dalam Seting pada iPhone:

Tukar penampilan CarPlay

CarPlay disetkan ke penampilan gelap secara lalai pada kebanyakan kenderaan. Jika anda lebih suka CarPlay bertukar antara penampilan gelap dan cerah secara automatik, lakukan yang berikut:

  1. Buka Seting dalam CarPlay menggunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda.

  2. Pilih Penampilan.

  3. Pilih Sentiasa Gelap.

Penampilan gelap dioptimumkan untuk melihat dalam persekitaran cahaya malap, seperti di waktu malam.

Sembunyikan atau tunjukkan cadangan dalam Papan Pemuka CarPlay.

Buka Seting dalam CarPlay menggunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda, kemudian nyahaktifkan atau aktifkan Cadangan dalam CarPlay.

Sembunyikan atau tunjukkan karya seni album

Buka Seting dalam CarPlay menggunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda, kemudian nyahaktifkan atau aktifkan Tunjukkan Karya Seni Album.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.