Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi lokasi anda dalam Cari pada iPhone

Sebelum anda boleh menggunakan app Cari untuk berkongsi lokasi anda dengan rakan, anda perlu mengesetkan perkongsian lokasi.

Sediakan perkongsian lokasi

  1. Ketik Saya, kemudian aktifkan Kongsi Lokasi Saya.

    Peranti yang berkongsi lokasi anda muncul di bawah Lokasi Saya.

  2. Jika iPhone anda tidak berkongsi lokasi anda pada masa ini, ketik Gunakan iPhone Ini sebagai Lokasi Saya.

Nota: Anda boleh berkongsi lokasi anda daripada iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk berkongsi lokasi anda daripada peranti lain, buka Cari pada peranti tersebut dan tukar lokasi anda kepada peranti itu. Jika peranti tersebut mempunyai iOS 12 atau lebih awal, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan dan gunakan Cari Rakan Saya. Jika anda berkongsi lokasi anda daripada iPhone yang dipasangkan dengan Apple Watch (model GPS + Selular), lokasi anda dikongsi daripada Apple Watch anda apabila anda di luar liputan iPhone dan Apple Watch anda pada tangan anda.

Anda juga boleh menukar seting perkongsian lokasi anda dalam Seting  > [nama anda] > Cari.

Setkan label untuk lokasi anda

Anda boleh mengesetkan label untuk lokasi semasa anda untuk menjadikannya lebih bermakna (seperti Rumah atau Kerja). Apabila anda mengetik Saya, anda melihat label di samping lokasi anda.

  1. Ketik Saya, kemudian ketik Edit Nama Lokasi.

  2. Pilih label.

    Untuk menambah label baru, ketik Tambah Label Tersuai, masukkan nama, kemudian ketik Selesai.

Kongsi lokasi anda dengan rakan

  1. Skrol ke bahagian bawah senarai Orang, kemudian ketik Kongsi Lokasi Saya.

  2. Dalam medan Kepada, taip nama rakan yang anda mahu kongsikan lokasi anda (atau ketik butang Tambah Kenalan dan pilih kenalan).

  3. Ketik Hantar dan pilih tempoh masa anda ingin berkongsi lokasi anda.

Lihat Kongsi lokasi anda dengan ahli keluarga.

Berhenti berkongsi lokasi anda

Anda boleh berhenti berkongsi lokasi anda dengan rakan tertentu atau sembunyikan lokasi anda daripada semua orang.

  • Berhenti berkongsi dengan rakan: Dalam senarai Orang, ketik orang yang anda tidak mahu berkongsi lokasi anda. Ketik Henti Berkongsi Lokasi Saya, kemudian ketik Henti Berkongsi Lokasi.

  • Sembunyikan lokasi anda daripada semua orang: Ketik Saya, kemudian nyahaktifkan Kongsi Lokasi Saya.

Balas kepada permintaan berkongsi lokasi

Dalam senarai Orang, ketik Kongsi di bawah rakan yang menghantar permintaan dan pilih tempoh masa anda mahu berkongsi lokasi anda. Jika anda tidak mahu berkongsi lokasi anda, ketik Batal.

Berhenti menerima permintaan rakan baru

Ketik Saya, kemudian nyahaktifkan Benarkan Permintaan Rakan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.