Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan Jangan Ganggu pada iPhone

Untuk menyenyapkan iPhone dengan cepat, sama ada berada di dalam pawagam atau makan malam, aktifkan Jangan Ganggu. Ia menyenyapkan pemberitahuan dan panggilan dan menghalangnya daripada menghidupkan skrin.

Aktifkan Jangan Ganggu

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Jangan Ganggu” atau “Nyahaktifkan Jangan Ganggu.” Ketahui cara meminta Siri.

  1. Anda juga boleh membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik ikon Jangan Ganggu untuk mengaktifkan Jangan Ganggu.

    Apabila Jangan Ganggu aktif, ikon Jangan Ganggu muncul dalam bar status.

  2. Untuk memilih masa tamat bagi Jangan Ganggu, sentuh dan tahan ikon Jangan Ganggu dalam Pusat Kawalan, kemudian pilih pilihan, seperti “Untuk 1 jam” atau “Sehingga tamat peristiwa ini”.

    Anda juga boleh mengetik Jadual, aktifkan Dijadualkan, kemudian setkan masa mula dan tamat.

    Skrin untuk memilih tempoh masa untuk membiarkan Jangan Ganggu aktif—pilihannya ialah Untuk 1 jam, Sehingga petang ini, Sehingga saya meninggalkan lokasi ini dan Sehingga tamat peristiwa ini.

Benarkan panggilan semasa Jangan Ganggu aktif

  1. Pergi ke Seting  > Jangan Ganggu.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik Benarkan Panggilan: Untuk membenarkan panggilan masuk daripada kumpulan dipilih.

    • Aktifkan Panggilan Berulang: Untuk membenarkan panggilan berulang daripada nombor telefon yang sama masuk untuk kecemasan.

Benarkan panggilan daripada kenalan kecemasan apabila Jangan Ganggu aktif

Anda boleh membenarkan panggilan dan mesej daripada kenalan tertentu apabila Jangan Ganggu diaktifkan, ikuti langkah ini:

  1. Buka Kenalan .

  2. Pilih kenalan, kemudian ketik Edit.

  3. Ketik Nada Dering atau Nada Teks, kemudian aktifkan Pintasan Kecemasan.

    Atau, cipta ID Perubatan dan kenal pasti kenalan kecemasan.

Walaupun Jangan Ganggu aktif, panggilan dan mesej daripada kenalan kecemasan anda masuk.

Jadualkan waktu senyap

  1. Pergi ke Seting  > Jangan Ganggu.

  2. Aktifkan Dijadualkan, kemudian setkan waktu mula dan waktu tamat untuk waktu senyap.

Pilih waktu Jangan Ganggu menyenyapkan iPhone

Anda boleh memilih sama ada Jangan Ganggu menyenyapkan iPhone hanya apabila ia dikunci, atau juga ketika iPhone dibuka kunci.

  1. Pergi ke Seting  > Jangan Ganggu.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Senyapkan iPhone apabila Jangan Ganggu aktif: Ketik Sentiasa.

    • Senyapkan iPhone hanya apabila ia dikunci: Ketik Semasa iPhone dikunci.

Untuk mengelakkan panggilan, mesej teks dan pemberitahuan daripada mengganggu anda semasa memandu, gunakan Jangan Ganggu Semasa Memandu.

Untuk memalapkan paparan anda dan menyenyapkan pemberitahuan semasa anda tidur, aktifkan Jangan Ganggu untuk waktu tidur.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.