Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Jejak peristiwa dalam Kalendar pada iPhone

Dalam app Kalendar , anda boleh menyesuaikan pemberitahuan yang memberitahu anda tentang peristiwa Kalendar akan datang, jemputan dan banyak lagi. Anda juga boleh memastikan peristiwa dan maklumat kalendar lain anda terkini pada semua peranti anda.

Sesuaikan pemberitahuan Kalendar

  1. Pergi ke Seting  > Pemberitahuan > Kalendar.

  2. Aktifkan Benarkan Pemberitahuan.

  3. Ketik jenis peristiwa (sebagai contoh, Peristiwa Akan Datang), kemudian pilih cara dan tempat yang anda mahu pemberitahuan untuk peristiwa tersebut muncul—sebagai contoh, pada Skrin Kunci, dalam Pusat Pemberitahuan, sebagai sepanduk di bahagian atas skrin, dengan bunyi isyarat dan sebagainya.

Pastikan Kalendar anda terkini merentas semua peranti anda

Anda boleh menggunakan iCloud untuk memastikan maklumat Kalendar anda terkini pada semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.

Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Kalendar.

Jika anda tidak mahu menggunakan iCloud untuk Kalendar, anda boleh menyelaraskan maklumat Kalendar antara iPhone dan komputer anda. Lihat Selaraskan iPhone dengan komputer anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.