Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan teks ramalan pada iPhone

Semasa anda menaip teks pada papan kekunci iPhone, anda melihat ramalan perkataan seterusnya anda, emoji yang boleh menggantikan perkataan anda, serta cadangan lain berdasarkan aktiviti terbaru anda dan maklumat daripada app anda (tidak tersedia untuk semua bahasa). Contohnya, dalam Mesej, apabila anda menaip sesuatu seperti:

  • “Saya di” diikuti oleh ruang, lokasi semasa anda muncul sebagai pilihan.

  • “Nombor saya adalah” diikuti oleh ruang, nombor telefon anda muncul sebagai pilihan.

Terima atau tolak cadangan teks ramalan

Semasa menaip teks, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

  • Terima perkataan atau emoji yang dicadangkan dengan mengetiknya, terima cadangan yang diserlahkan dengan memasukkan ruang atau tanda baca.

    Apabila anda mengetik perkataan cadangan, ruang muncul selepas perkataan. Jika anda memasukkan koma, noktah atau tanda baca lain, ruang tersebut dipadamkan.

  • Tolak cadangan dengan mengetik perkataan asal anda (ditunjukkan sebagai pilihan teks ramalan dengan tanda petikan).

    Mesej Mail yang menunjukkan beberapa perkataan pertama mesej baru, dengan cadangan untuk melengkapkan perkataan seterusnya.

Nyahaktifkan teks ramalan

  1. Semasa mengedit teks, sentuh dan tahan kekunci Emoji Papan Kekunci Seterusnya atau kekunci Tukar Papan Kekunci.

  2. Ketik Seting Papan Kekunci, kemudian nyahaktifkan Ramalan.

Apabila anda menyahaktifkan teks ramalan, iPhone mungkin masih cuba mencadangkan pembetulan untuk perkataan yang disalah eja. Untuk menerima pembetulan, masukkan ruang atau tanda baca atau ketik return. Untuk menolak pembetulan, ketik “x.” Jika anda telah menolak cadangan yang sama beberapa kali, iPhone berhenti mencadangkannya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.