Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan seting kamera pada iPhone

Ketahui cara untuk menggunakan seting Kamera pada iPhone anda.

Jajarkan syot anda

Untuk memaparkan grid pada skrin kamera yang boleh membantu anda meluruskan tangkapan anda, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian aktifkan Grid.

Selepas anda mengambil foto, anda boleh menggunakan alat pengeditan dalam app Foto untuk menjajarkan syot dan melaraskan perspektif mendatar dan menegak. Lihat Luruskan dan laraskan perspektif.

Kekalkan seting Kamera

Anda boleh mengekalkan mod terakhir kamera, penapis, pencahayaan, kedalaman dan seting Live Photo yang anda gunakan supaya seting tidak direset apabila anda membuka Kamera pada kali seterusnya.

  1. Pergi ke Seting  > Kamera > Kekalkan Seting.

  2. Aktifkan mana-mana yang berikut:

    • Mod Kamera: Kekalkan mod kamera terakhir yang anda gunakan, seperti Video atau Pano.

    • Kawalan Kreatif: Kekalkan penapis terakhir, pilihan pencahayaan (pada model disokong), atau seting kedalaman (pada model disokong) yang anda gunakan.

    • Live Photo: Kekalkan seting Live Photo.

Laraskan kelantangan bunyi pengatup

Laraskan kelantangan bunyi pengatup menggunakan butang kelantangan pada sisi iPhone anda. Atau, apabila Kamera terbuka, leret ke bawah dari penjuru kanan atas skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian seret gelangsar kelantangan.

Senyapkan bunyi menggunakan suis Dering/Senyap pada sisi iPhone anda. (Di sesetengah negara atau rantau, penyenyapan dinyahdayakan.)

Nota: Pengatup kamera tidak membuat bunyi apabila Live Photo ikon Live Photo diaktifkan.

Lihat Laraskan kelantangan pada iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.