Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPhone

Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga menerusi Perkongsian Keluarga—termasuk masa henti, peruntukan untuk penggunaan app, penilaian kandungan dan banyak lagi. Masa Skrin juga membolehkan anda dan ahli keluarga anda melihat cara mereka menggunakan peranti mereka dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengatur penggunaan peranti mereka.

Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk menyertai dan memasukkan Apple ID mereka dalam Perkongsian Keluarga pada peranti anda untuk memulakan proses. Atau anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk mereka dalam Perkongsian Keluarga pada peranti anda. (Untuk mendapatkan maklumat tentang mencipta akaun anak untuk Perkongsian Keluarga, lihat artikel Sokongan Apple Perkongsian Keluarga dan Apple ID untuk anak anda.)

Nota: Apabila anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga menerusi Perkongsian Keluarga, anda dan ahli keluarga anda menerima pemberitahuan tentang laporan mingguan mereka. Untuk melihat laporan, ketik pemberitahuan.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga > Masa Skrin.

  2. Ketik ahli keluarga, kemudian ketik Aktifkan Masa Skrin.

  3. Ketik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Penting: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga menerusi Perkongsian Keluarga dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin keluarga, anda boleh meresetnya pada peranti anda menggunakan kod laluan peranti anda, Touch ID, atau Face ID.

Lihat Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.