Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Siri dengan AirPods pada iPhone

Anda boleh menggunakan Siri dengan AirPods anda untuk bertanya soalan dan melakukan tugas.

Panggil Siri dengan suara anda (AirPods Pro dan AirPods generasi ke-2)

Semasa memakai satu atau kedua-dua AirPods, sebut “Hai Siri”, kemudian tanya soalan kepada Siri atau minta Siri melakukan tugas untuk anda.

Contohnya: Sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, bagaimana cuaca hari ini?” atau “Hai Siri, jom dengar senarai main Akustik”.

Nota: Jika anda tidak menyediakan “Hai Siri”, pergi ke Seting  > Siri & Carian, kemudian aktifkan Dengar untuk “Hai Siri”.

Panggil Siri dengan sentuhan anda

Anda boleh mengeset AirPods Pro untuk memanggil Siri apabila anda menekan dan menahan Force Sensor dan anda boleh mengeset AirPods (generasi ke-2) anda untuk memanggil Siri apabila anda mendwiketik salah satu AirPods anda. Secara lalai, dwiketik memanggil Siri pada AirPods (generasi pertama), tetapi anda boleh menukar kelakuan ini.

  1. Buka bekas AirPods.

  2. Pada iPhone, pergi ke Seting  > Bluetooth.

  3. Ketik butang Seting di sebelah AirPods anda dalam senarai peranti.

  4. Pilih Kiri atau Kanan, kemudian pilih Siri. (Atau untuk menukar kelakuan lalai AirPods (generasi pertama), pilih pilihan berbeza).

Nota: Jika anda belum mengaktifkan Siri, pergi ke Seting > Siri & Carian, kemudian aktifkan Tekan Butang Sisi untuk Siri (pada iPhone dengan Face ID) atau Tekan Utama untuk Siri (pada iPhone dengan butang Utama).

Dengar dan membalas pada mesej (AirPods Pro dan AirPods generasi ke-2)

Dengan Umumkan Mesej, anda boleh mendengar mesej anda melalui AirPods anda. Apabila iPhone anda dikunci, AirPods disambungkan pada iPhone dan mesej tiba, bunyi loceng dan Siri mula membacakan mesej (iOS 13.2 atau lebih baru).

Untuk menghentikan Siri daripada membaca, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:

  • Keluarkan salah satu AirPods anda.

  • Sebut sesuatu seperti “Berhenti” atau “Batal”.

  • Tekan Force Sensor pada salah satu AirPods Pro anda, atau dwiketik salah satu AirPods anda (generasi ke-2).

Untuk membalas mesej, sebut sesuatu seperti “Balas ini berita baik”.

Siri mengulangi perkara yang anda sebut, kemudian meminta pengesahan sebelum menghantar balasan anda. Untuk menghantar balasan tanpa menunggu pengesahan, pergi ke Seting  > Siri & Carian > Umumkan Mesej, kemudian aktifkan Balas tanpa Pengesahan.

Nota: Jika anda tidak mengaktifkan Umumkan Mesej apabila anda menyediakan AirPods anda, pergi ke Seting > Siri & Carian > Umumkan Mesej, kemudian aktifkan Umumkan Mesej dengan Siri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.