Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dengar radio pada iPhone

Radio dalam app Muzik ialah app utama untuk Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country—tiga stesen Apple Music yang menampilkan muzik terkini daripada pelbagai genre dan temu ramah yang eksklusif. Anda juga boleh mendengar stesen yang dicipta oleh pakar muzik dan cipta stesen tersuai anda sendiri daripada lagu dan artis yang anda pilih.

Dengar radio Apple Music

Ketik Radio, kemudian ketik satu daripada stesen langsung—Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country. Tiada langganan diperlukan untuk mendengar Apple Music 1.

Nota: Oleh sebab stesen radio Apple Music ialah radio secara langsung, anda tidak boleh memutar balik atau melangkau lagu.

Dengar genre muzik kegemaran anda

  1. Ketik Radio, kemudian ketik genre yang disenaraikan di bawah Radio Mengikut Genre.

  2. Ketik stesen ditampilkan.

Cipta stesen

Anda boleh mencipta stesen radio berdasarkan artis atau lagu tertentu. Jika anda menyukai artis atau lagu, berkemungkinan besar, anda akan menyukai muzik yang dimainkan oleh stesen.

  1. Sentuh dan tahan artis atau lagu.

  2. Ketik Cipta Stesen.

Untuk mencipta stesen dalam Kini Dimainkan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Cipta Stesen.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.