Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Magic Keyboard dengan iPhone

Anda boleh menggunakan Magic Keyboard (tersedia secara berasingan) untuk memasukkan teks pada iPhone.

Nota: Magic Keyboard tidak menyokong semua ciri yang tersedia dengan papan kekunci pada skrin. Contohnya, anda tidak boleh mengaktifkan perencanaan dengan Magic Keyboard.

Untuk maklumat keserasian tentang Papan Kekunci Wayarles Apple dan papan kekunci Bluetooth pihak ketiga, lihat artikel Sokongan Apple Keserasian Papan Kekunci Wayarles Apple dan Magic Keyboard dengan peranti iOS.

Sambungkan Magic Keyboard pada iPhone

Papan kekunci menggunakan sambungan Bluetooth ke iPhone, jadi anda perlu memasangkannya.

  1. Pastikan papan kekunci diaktifkan dan dicaskan.

    Petua: Anda boleh menggunakan widget Bateri untuk memantau pengecasan papan kekunci.

  2. Pada iPhone, pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian aktifkan Bluetooth.

  3. Ketik Magic Keyboard apabila ia muncul dalam senarai Peranti Lain.

Sambungan Magic Keyboard diputuskan apabila anda memetik suis di bahagian belakang papan kekunci kepada Tak Aktif atau apabila anda mengalihkan papan kekunci atau iPhone ke luar liputan Bluetooth—lebih kurang 33 kaki (10 meter). Untuk menyambung semula, petik suis kepada Aktif atau bawa papan kekunci dan iPhone ke dalam liputan semula, kemudian ketik mana-mana kekunci. Apabila Magic Keyboard disambungkan, papan kekunci atas skrin tidak muncul.

Untuk nyahpasang Magic Keyboard, lihat Nyahpasangkan peranti Bluetooth.

Nota: Jika Magic Keyboard telah dipasangkan dengan peranti lain, anda mesti nyahpasang ia sebelum anda boleh menyambungkan Magic Keyboard ke iPhone anda. Pada Mac, pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem > Bluetooth, pilih peranti, kemudian Control-klik namanya. Untuk iPhone, iPad, atau iPod touch, lihat Nyahpasangkan peranti Bluetooth.

Buka Carian menggunakan Magic Keyboard

Tekan Command-Space.

Tukar papan kekunci

Anda boleh bertukar antara papan kekunci—sebagai contoh, Inggeris, Emoji dan sebarang papan kekunci yang anda tambah untuk menaip dalam bahasa berbeza.

  1. Pada Magic Keyboard, tekan dan tahan Shift-Control.

  2. Tekan bar Space untuk mengitar menerusi bahasa.

Petua: Jika anda telah menambah papan kekunci Bahasa Cina, Korea, Jepun atau Ibrani, anda boleh menggunakan kekunci Caps Lock untuk bertukar dengan cepat antara skrip Latin dan papan kekunci lain yang anda sedang gunakan.

Bertukar antara Magic Keyboard dan papan kekunci atas skrin

Untuk menggunakan papan kekunci atas skrin, tekan butang Keluarkan pada Magic Keyboard. Untuk menggunakan Magic Keyboard, tekan butang Keluarkan lagi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.