Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Serahkan tugas antara iPhone dan Mac anda

Sambung bekerja pada satu peranti setelah anda berhenti pada peranti lain. Anda boleh menggunakan Handoff dengan pelbagai app Apple—contohnya Mail, Safari, Pages, Numbers, Keynote, Peta, Mesej, Peringatan, Kalendar dan Kenalan—dan sesetengah app pihak ketiga. Untuk menggunakan Handoff, anda mesti daftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti anda. Peranti anda mesti mempunyai Bluetooth diaktifkan dalam Seting dan berada dalam julat Bluetooth antara satu sama lain (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter).

Tukar peranti

  • Dari Mac ke iPhone: Buka Penukar App pada iPhone. Ikon app yang anda gunakan muncul di bawah skrin. Ketik ikon untuk terus bekerja dalam app tersebut.

  • Dari iPhone ke Mac: Ikon app yang anda gunakan muncul pada Mac anda di hujung kiri Dock (atau bahagian atas, bergantung pada posisi Dock). Klik ikon untuk terus bekerja dalam app tersebut.

Nyahdayakan Handoff pada peranti anda

  • iPhone, iPad dan iPod touch: Pergi ke Seting , kemudian ketik Umum > AirPlay & Handoff.

  • Mac: Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem > Umum, kemudian nyahaktifkan “Benarkan Handoff antara Mac ini dan peranti iCloud anda.”

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.