Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dengar cerita audio pada iPhone

Jika anda melanggan Apple News+, anda boleh mendengar versi audio untuk cerita terpilih dalam app News (iOS 13.6 atau lebih baru).

Nota: Apple News+ dan ciri audio tidak tersedia di semua negara atau rantau.

Layari cerita audio

Ketik butang Audio untuk melihat cerita audio Apple News+ dan Apple News Today. Jika anda pelanggan, anda melihat tajuk berikut:

  • Up Next: Cerita yang anda sedang dengar atau telah tambah ke barisan Seterusnya.

  • Untukmu: Cerita disyorkan kepada anda berdasarkan minat anda.

  • Recently Played: Cerita yang anda telah dengar.

Jika anda bukan pelanggan Apple News+, pratonton cerita audio muncul di bawah Previews For You.

Mainkan cerita audio

  1. Ketik butang Audio, kemudian ketik cerita.

  2. Untuk lebih banyak kawalan main balik, ketik pemain mini di bahagian bawah untuk membuka pemain skrin penuh.

  3. Untuk kembali ke pemain mini, leret ke bawah untuk meminimumkan pemain skrin penuh.

    Untuk menutup pemain skrin penuh, ketik butang Lagi, kemudian ketik Close Audio Player.

    Cerita audio juga boleh muncul dalam suapan. Ketik cerita untuk membacanya. Untuk mendengar cerita, ketik Listen di bahagian atas cerita (langganan Apple News+ diperlukan). Jika anda bukan pelanggan, anda boleh mendengar pratonton cerita.

    Nota: Jika anda pelanggan Apple News+, apabila anda mengetik cerita, ia dimuat turun ke iPhone supaya anda boleh mendengarnya kemudian tanpa sambungan Internet.

    Gunakan mana-mana kawalan berikut:

    Control

    Perihalan

    Butang Main.

    Main

    Butang Jeda.

    Jeda

    Butang Trek Seterusnya.

    Cerita seterusnya

    Butang Putar Balik 15 Saat.

    Lompat ke belakang 15 saat

    Butang Kelajuan Main Balik.

    Pilih kelajuan main balik yang lebih laju atau lebih perlahan

    Butang Dstinasi Main Balik.

    Strim audio ke peranti lain

    Butang Lagi.

    Pilih lebih tindakan seperti letakkan cerita ke seterusnya atau terakhir dalam baris gilir, baca cerita, atau kongsinya

Tambah cerita ke Up Next

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Seret butang Susun Semula bersebelahan cerita daripada For You ke baris gilir Up Next.

    Anda juga menggunakan butang Susun Semula untuk menyusun semula cerita dalam baris gilir Up Next anda.

  • Sentuh dan tahan cerita, kemudian ketik Play Next untuk memainkan cerita selepas cerita yang sedang dimainkan. Ketik Play Last untuk menambah cerita ke penghujung baris gilir.

Baca, kongsi dan padam cerita audio

Semasa melayari senarai cerita dalam tab Audio, sentuh dan tahan cerita untuk melihat pilihan berikut:

  • Share

  • Play Next

  • Play Last

  • Read Story

  • Delete

  • Suggest More Like This

  • Suggest Less Like This

  • Follow Channel

  • Block Channel

  • Report a Concern

Sesetengah pilihan ini juga tersedia apabila anda meleret ke kiri atau kanan pada cerita.

Semasa mendengar cerita, buka pemain skrin penuh, kemudian ketik butang Lagi untuk melihat senarai pilihan yang serupa.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.