Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting Face ID dan perhatian pada iPhone

Pada iPhone dengan Face ID, anda boleh melaraskan seting Face ID dan perhatian jika anda mempunyai pengehadan fizikal atau penglihatan.

Sediakan Face ID dengan Pilihan Kebolehcapaian

Secara lalai, menyediakan Face ID memerlukan anda menggerakkan kepala anda dalam bulatan secara perlahan untuk menunjukkan semua sudut wajah anda. Jika anda tidak boleh melakukan pergerakan kepala sepenuhnya, anda masih boleh menyediakan Face ID tanpa menggerakkan kepala anda.

  1. Pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan.

  2. Tempatkan muka anda dalam bingkai, kemudian ketik Pilihan Kebolehcapaian.

Face ID adalah masih selamat tetapi memerlukan lebih kekonsistenan dalam cara anda memandang pada iPhone.

Tukar seting perhatian

Untuk keselamatan tambahan, Face ID sedar perhatian. Ia membuka kunci iPhone hanya apabila mata anda terbuka dan melihat pada skrin. iPhone juga boleh mendedahkan pemberitahuan dan mesej, memastikan skrin terang semasa anda membaca, atau menurunkan kelantangan isyarat.

Jika anda tidak mahu iPhone menyemak perhatian anda, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan.

  2. Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:

    • Memerlukan Perhatian untuk Face ID

    • Ciri Kesedaran Perhatian

    • Haptik pada Pengesahan Berjaya

    Seting ini dinyahaktifkan secara lalai jika anda mengaktifkan VoiceOver apabila anda menyediakan iPhone pada mulanya.

Nota: Memerlukan perhatian membuatkan Face ID lebih selamat.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.