Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari podcast pada iPhone

Gunakan app Podcast untuk mengetahui tentang sains, berita, politik, komedi dan banyak lagi. Jika anda menemui rancangan yang anda suka, anda boleh ikuti rancangan untuk menambahnya ke pustaka anda. Kemudian, anda boleh mendengar di luar talian dengan mudah, mendapatkan makluman tentang episod baharu dan banyak lagi.

Nota: Rancangan mungkin menawarkan langganan dibayar yang memberi anda akses kepada rancangan dan episod eksklusif, keluaran baharu, episod tanpa iklan dan banyak lagi. Anda boleh melanggan rancangan atau saluran dan mengurus langganan anda. Jika anda telah melanggan Apple Music, Apple News+ atau app pihak ketiga yang layak, anda boleh mendengar kandungan pelanggannya dalam Podcast. Lihat Dengar kandungan pelanggan sahaja dalam Podcast pada iPhone.

Cari podcast

  • Cari mengikut tajuk, orang, atau topik: Ketik Cari di bahagian kanan bawah skrin, masukkan perkara yang anda cari dalam bar carian di bahagian atas skrin, kemudian ketik Cari pada papan kekunci atas skrin.

  • Temui rancangan baharu: Ketik Layari di bahagian bawah skrin untuk melihat rancangan baharu dan sohor kini serta koleksi editorial Apple. Anda juga boleh mengetik Cari untuk melihat Carta Teratas dan melayari mengikut kategori.

  • Tambah rancangan mengikut URL: Ketik Pustaka, ketik butang Lagi kemudian ketik Ikuti Rancangan dengan URL.

    Nota: URL mesti dalam format RSS.

Dapatkan pengesyoran yang diperibadikan

Seterusnya memaparkan cadangan episod berdasarkan perkara yang anda dengar sebelum ini.

Untuk melihat senarai cadangan, ketik Laman Utama di bahagian bawah skrin.

Anda juga boleh mengetik butang Lagi di bawah episod untuk memuat turun, menyimpan, mengeluarkannya daripada Seterusnya, melihat transkrip dan banyak lagi.

Untuk memilih keluar daripada pengesyoran diperibadikan untuk Podcast, ketik Laman Utama, kemudian ketik gambar profil anda. Ketik nama anda, kemudian nyahaktifkan Pengesyoran Diperibadikan.

Nota: Seting Pengesyoran Diperibadikan anda juga digunakan pada App Store, Apple Books, iTunes Store, Apple TV dan langganan daripada Apple.

Lihat podcast dikongsi

Apabila rakan berkongsi rancangan dengan anda dalam Mesej, anda boleh mencarinya dengan mudah dalam app Podcast.

Ketik Laman Utama di bahagian bawah skrin, kemudian skrol ke bahagian Dikongsi dengan Anda.

Jika anda tidak melihat Dikongsi dengan Anda, semak untuk memastikan rakan anda berada dalam kenalan anda dan Podcast diaktifkan dalam Seting  > Mesej > Dikongsi dengan Anda.

Lihat juga Cari semua kandungan yang seseorang kongsikan dengan anda.

Layari episod dalam podcast khusus

  1. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  2. Skrol untuk melihat episod terbaharu atau ketik Lihat Semua (jika tersedia).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.