Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Potong, salin dan tampal antara iPhone dan peranti lain

Anda boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk memotong atau menyalin kandungan (contohnya, blok teks atau imej) pada iPhone anda, kemudian menampalnya pada iPad, pada iPhone lain, atau komputer Mac dan sebaliknya.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat tentang memotong, menyalin dan menampalkan teks dalam atau antara app hanya pada iPhone anda, lihat Pilih, potong, salin dan tampalkan teks pada iPhone.

Sebelum anda bermula

Untuk memotong dan menampal antara iPhone dan peranti lain, pastikan yang berikut:

Salin, potong, atau tampal

  • Salin: Cubit tutup dengan tiga jari.

  • Potong: Cubit tutup dengan tiga jari dua kali.

  • Tampal: Cubit buka dengan tiga jari.

Anda juga boleh sentuh dan tahan pilihan, kemudian ketik Potong, Salin, atau Tampal.

Penting: Anda perlu memotong, menyalin dan menampal kandungan anda dalam tempoh masa yang singkat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memilih teks atau menempatkan titik pemasukan, lihat Taipkan dengan papan kekunci atas skrin pada iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.