Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kawal aksesori dengan Rumah pada iPhone

Gunakan app Rumah dan Pusat Kawalan untuk mengawal aksesori dalam rumah anda.

Kawal aksesori dalam app Rumah

Pada tab Rumah, ketik ikon aksesori di sebelah kiri jubin—contohnya, lampu—untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan aksesori dengan cepat. Ketik nama aksesori di sebelah kanan jubin untuk menunjukkan kawalan aksesori.

Kawalan yang tersedia bergantung pada jenis aksesori. Sebagai contoh, dengan sesetengah mentol lampu, terdapat kawalan untuk menukar warna. Dengan TV pintar, anda boleh memilih sumber input.

Kawal aksesori dalam Pusat Kawalan

Apabila anda berada di rumah dengan iPhone, anda boleh melihat suasana dan aksesori yang relevan untuk masa tersebut dalam Pusat Kawalan. Contohnya, mesin kopi mungkin kelihatan pada waktu pagi dan digantikan dengan lampu katil anda pada waktu malam.

Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang untuk menghidupkan atau mematikan aksesori, atau sentuh dan tahan butang sehingga kawalan kelihatan.

Untuk melihat semua suasana dan aksesori anda (kecuali kamera) dengan cepat, ketik butang Kegemaran Rumah.

Jika anda tidak mahu aksesori kelihatan dalam Pusat Kawalan, pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Kawalan Rumah.

Lihat kategori dan status rumah

Kategori Lampu, Iklim, Keselamatan, Speaker dan TV, serta Air membolehkan anda mengakses semua aksesori berkaitan yang disusun mengikut bilik dengan cepat.

  1. Buka app Rumah untuk menunjukkan tab Rumah.

    Di bawah nama rumah anda, butang menunjukkan status aksesori yang berada dalam satu kategori—contohnya, kategori Lampu yang menunjukkan “3 hidup”.

  2. Ketik salah satu daripada butang kategori untuk menunjukkan semua aksesori dalam kategori tersebut, disusun mengikut bilik.

  3. Semasa melihat kategori, ketik ikon di sebelah kiri jubin aksesori untuk melaksanakan tindakan—hidupkan atau matikan lampu atau sekumpulan lampu, mula bermain muzik pada HomePod, atau kunci pintu depan.

Lihat Sejarah Aktiviti

Apabila anda mempunyai hab rumah yang menggunakan seni bina Rumah baharu dan perisian terkini, ahli rumah anda boleh melihat sejarah aktiviti untuk aksesori seperti pintu garaj, kunci dan sistem keselamatan. Sebagai contoh, anda boleh mengetahui masa pintu dibuka kunci dan orang yang membuka kuncinya.

  1. Pada tab Rumah, ketik butang Lagi, kemudian ketik Seting Rumah.

  2. Pergi ke Keselamatan & Perlindungan > Sejarah Rumah, kemudian ketik Satu Bulan untuk melihat aktiviti hingga 30 hari.

  3. Dalam tab Rumah, ketik kategori Keselamatan, kemudian ketik Aktiviti Rumah untuk menunjukkan Sejarah Aktiviti.

Aktifkan Pencahayaan Adaptif

Sesetengah lampu serasi HomeKit membolehkan anda melaraskan suhu warnanya, daripada biru sejuk kepada kuning panas. Anda boleh mengesetkan lampu disokong untuk melaraskan suhu warna secara automatik sepanjang hari. Bangun dengan warna panas, kekal aktif dan fokus pada waktu tengah hari dengan warna lebih sejuk dan masuk tidur pada waktu malam dengan mengeluarkan lampu biru. Untuk lampu yang menyokong Pencahayaan Adaptif, ikuti langkah ini:

  1. Ketik jubin lampu untuk menunjukkan kawalan.

    Anda juga boleh menyentuh dan menahan jubin dan kemudian pilih Seting Aksesori.

  2. Ketik butang Pencahayaan Adaptif, kemudian aktifkan Pencahayaan Adaptif.

Nota: Pencahayaan Adaptif memerlukan hab rumah—peranti seperti Apple TV (generasi ke-4 atau lebih baharu) atau speaker HomePod.

Edit aksesori rumah

Untuk mengedit seting aksesori, ketik bahagian kanan jubin aksesori, ketik butang Seting, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

  • Namakan semula aksesori: Ketik butang Padam untuk memadamkan nama lama, kemudian taipkan nama baharu.

  • Tukar ikon aksesori: Ketik ikon bersebelahan nama aksesori, kemudian pilih ikon baharu. Jika anda tidak mendapat pilihan ikon lain, bermakna ikon untuk aksesori tidak boleh ditukar.

Himpun aksesori

Anda boleh mengawal berbilang aksesori dengan ketikan butang dengan menghimpunkannya.

  1. Ketik bahagian kanan jubin aksesori, ketik butang Seting, kemudian ketik Himpunkan dengan Aksesori Lain.

  2. Ketik aksesori yang anda mahu himpunkan dengan aksesori ini—contohnya, lampu lain dalam bilik.

  3. Dalam medan Nama Kumpulan, taipkan nama untuk kumpulan tersebut.

  4. Ketik Selesai.

    Aktifkan Sertakan dalam Kegemaran untuk menyertakan kumpulan dalam Kegemaran pada tab Rumah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.