Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting pemberitahuan pada iPhone

Dalam Seting , anda boleh memilih app yang boleh menghantar pemberitahuan, menukar bunyi isyarat, menyediakan isyarat berdasarkan lokasi, membenarkan isyarat kerajaan dan banyak lagi.

Tukar seting pemberitahuan

Kebanyakan seting pemberitahuan boleh disesuaikan untuk setiap app. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan pemberitahuan app, menjadikan pemberitahuan memainkan bunyi, memilih cara dan tempat anda mahu pemberitahuan kelihatan apabila peranti anda dibuka kunci, serta banyak lagi.

  1. Pergi ke Seting  > Pemberitahuan.

  2. Pilih cara anda mahu pemberitahuan dipaparkan pada Skrin Kunci:

    • Lihat bilangan pemberitahuan sahaja: Ketik Bilangan.

    • Lihat pemberitahuan yang dihimpunkan ke dalam tindanan mengikut app: Ketik Tindanan.

    • Lihat pemberitahuan dalam senarai: Ketik Senarai.

    Apabila pemberitahuan tiba, anda boleh menukar tataletak dengan mencubit pemberitahuan pada Skrin Kunci.

  3. Untuk menjadualkan ringkasan pemberitahuan, ketik Ringkasan Dijadualkan, kemudian aktifkan Ringkasan Dijadualkan. (Lihat jadualkan ringkasan pemberitahuan.)

  4. Untuk memilih masa yang anda mahu pratonton pemberitahuan kelihatan, ketik Tunjukkan Pratonton, pilih pilihan—Sentiasa, Apabila Dibuka Kunci, atau Jangan—kemudian ketik butang Balik di sebelah kiri atas.

    Pratonton boleh termasuk perkara seperti teks (daripada Mesej dan Mail) dan butiran jemputan (daripada Kalendar). Anda boleh menggantikan seting ini untuk app individu.

  5. Ketik app di bawah Gaya Pemberitahuan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Benarkan Pemberitahuan.

    Jika anda mengaktifkan Benarkan Pemberitahuan, pilih masa anda mahu pemberitahuan dihantar—serta-merta atau dalam ringkasan pemberitahuan dijadualkan—dan aktifkan atau nyahaktifkan Pemberitahuan Sensitif.

    Untuk kebanyakan app, anda juga boleh mengesetkan gaya sepanduk pemberitahuan, serta mengaktifkan dan menyahaktifkan bunyi dan lencana.

  6. Ketik Himpunan Pemberitahuan, kemudian pilih cara anda mahu pemberitahuan dihimpunkan:

    • Automatik: Pemberitahuan daripada app dikumpulkan mengikut kriteria penyusunan dalam app, seperti mengikut topik atau jaluran.

    • Ikut App: Semua pemberitahuan daripada app dikumpulkan bersama.

    • Tidak aktif: Nyahaktifkan himpunan.

Untuk menyahaktifkan pemberitahuan dipilih untuk app, pergi ke Seting > Pemberitahuan > Cadangan Siri, kemudian nyahaktifkan sebarang app.

Apabila anda menggunakan Fokus, ia menangguhkan penghantaran pemberitahuan pada iPhone untuk menghalang gangguan. Anda boleh menjadualkan masa untuk menerima ringkasan pemberitahuan yang anda tertinggal. Lihat Jadualkan ringkasan pemberitahuan.

Sediakan atau nyahaktifkan isyarat berdasarkan lokasi

Sesetengah app menggunakan lokasi anda untuk menghantar isyarat berkaitan berdasarkan lokasi anda. Sebagai contoh, anda mungkin mendapat peringatan untuk menghubungi seseorang apabila anda tiba ke tempat khusus atau apabila anda bertolak ke lokasi anda seterusnya.

Jika anda tidak mahu melihat isyarat jenis ini, anda boleh menyahaktifkannya.

  1. Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi.

  2. Aktifkan Perkhidmatan Lokasi.

  3. Ketik app (jika app kelihatan dalam senarai), kemudian pilih sama ada anda mahu berkongsi lokasi anda semasa menggunakan app tersebut.

Lihat artikel Sokongan Apple Perihal privasi dan Perkhidmatan Lokasi.

Terima pemberitahuan Push Web daripada app web

Anda boleh menerima pemberitahuan Push Web standard daripada app web apabila anda menambah ikon tapak webnya ke Skrin Utama anda. Pemberitahuan Push Web boleh memaklumkan anda tentang aktiviti dalam app. Selepas anda melanggan pemberitahuan push dalam app web, app boleh menghantar kepada anda isyarat dan lencana pemberitahuan yang serupa dengan yang anda terima daripada app lain pada iPhone anda.

Aktifkan atau nyahaktifkan isyarat kerajaan

Di sesetengah negara atau rantau, anda boleh mengaktifkan isyarat dalam senarai Isyarat Kerajaan. Sebagai contoh, pada iPhone di Amerika Syarikat, anda boleh menerima Isyarat Nasional dan anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan (aktif secara lalai) Isyarat AMBER, Keselamatan Awam dan Kecemasan (yang termasuk Isyarat untuk Ancaman Hampir Teruk dan Ekstrem). Pada iPhone di Jepun, anda boleh menerima Isyarat Gempa Bumi Kecemasan daripada Agensi Meteorologi Jepun.

  1. Pergi ke Seting  > Pemberitahuan.

  2. Skrol ke bawah ke bahagian Isyarat Kerajaan, kemudian aktifkan isyarat yang anda mahu terima.

    Skrin Pemberitahuan, menunjukkan Isyarat Kerajaan yang anda boleh aktifkan untuk menerima isyarat kerajaan.
  3. Ketik Isyarat Kecemasan jika anda mahu mengaktifkan Isyarat Kecemasan dan Kesedaran Tempatan.

    Nota: Di sesetengah rantau, Kesedaran Tempatan boleh meningkatkan ketepatan masa, ketepatan dan kebolehpercayaan Isyarat Kecemasan tertentu. Contohnya, Isyarat Gempa Bumi diterima pada iPhone di California, Oregon dan Washington (termasuk rantau sempadan) mungkin lebih tepat masanya atau dihantar dengan ketepatan dipertingkatkan apabila Kesedaran Tempatan diaktifkan.

    Skrin Isyarat Kecemasan, dengan Isyarat Kecemasan, Kesedaran Tempatan dan Sentiasa Mainkan Bunyi diaktifkan.
  4. Aktifkan Sentiasa Mainkan Bunyi untuk Isyarat Kecemasan memainkan bunyi walaupun iPhone dalam mod Senyap.

Isyarat kerajaan berbeza mengikut pembawa dan model iPhone dan mungkin tidak berfungsi di bawah semua keadaan. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kecemasan dan isyarat kerajaan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.