Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bermula dengan Jurnal pada iPhone

Jurnal ialah app baharu yang anda lihat pada iPhone anda selepas anda mengemas kini ke iOS 17.2. Jurnal menjadikannya mudah untuk memupuk tabiat penjurnalan. Cadangan penjurnalan mengumpulkan rombongan, foto, latihan dan banyak lagi secara pintar untuk membantu anda mengingati dan merenung tentang pengalaman anda. Anda boleh menambah foto, video, audio dan banyak lagi. Tandakan entri penting untuk melawat semula kemudian dan mencari cerapan baharu. Anda juga boleh mengunci jurnal anda supaya hanya anda boleh mengaksesnya dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.

Skrin selamat datang untuk app Jurnal.

Sediakan Jurnal

Kali pertama anda membuka Jurnal, ikuti arahan atas skrin untuk mengaktifkan dan menyesuaikan cadangan penjurnalan.

Skrin untuk mengarang entri jurnal dengan foto di bahagian atas dan gesaan untuk membantu anda mula menulis.

Cipta entri jurnal

Ketik butang Karang, kemudian ketik Entri Baharu atau pilih daripada cadangan diperibadikan berdasarkan rombongan, muzik, latihan terkini dan banyak lagi. Mula menulis dan tambah lebih banyak butiran seperti foto, audio dan lokasi.

Skrin menunjukkan entri jurnal dengan butang Penapis di bahagian atas kanan.

Semak entri jurnal anda

Skrol menerusi jurnal anda untuk melihat entri sebelumnya. Untuk hanya melihat sesetengah jenis entri, ketik butang Penapis, kemudian pilih kategori seperti Foto atau Perbualan.

Skrin yang menggesa anda untuk menggunakan Face ID untuk membuka kunci jurnal anda.

Kunci jurnal anda

Lindungi jurnal anda supaya hanya anda boleh mengaksesnya dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda. Pergi ke Seting  > Jurnal > Kunci Jurnal, kemudian aktifkan Kunci.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.