Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan peranti untuk anak dengan Perkongsian Keluarga pada iPhone

Dengan Perkongsian Keluarga, pengelola, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan Mula Cepat pada iPhone mereka untuk menyediakan iPhone atau iPad baharu untuk kanak-kanak dan menyesuaikan kawalan ibu bapa. Anda juga boleh menyediakan peranti untuk kanak-kanak tanpa menggunakan Mula Cepat.

Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun kanak-kanak apabila anda menyediakan peranti mereka, anda boleh berbuat demikian dalam Seting dengan Apple ID dan kata laluan mereka, atau dengan menggunakan daftar masuk kehampiran dengan iPhone atau iPad berdekatan.

Nota: Jika kanak-kanak telah pun mempunyai Apple ID, pastikan mereka telah ditambahkan ke kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Jika kanak-kanak tidak mempunyai Apple ID dan mereka berumur di bawah 13 (umur ini berbeza mengikut rantau), anda boleh mencipta satu untuk mereka sementara menambahkan mereka kepada kumpulan.

Gunakan Mula Cepat untuk menyediakan iPhone atau iPad untuk kanak-kanak

Nota: Memerlukan iOS 16 atau lebih baharu. Bluetooth mesti diaktifkan.

  1. Daftar masuk ke iPhone anda dengan Apple ID anda.

  2. Pada iPhone atau iPad baharu yang anda mahu sediakan untuk anak anda, tekan dan tahan butang sisi atau butang atas sehingga logo Apple kelihatan.

  3. Bawa iPhone anda bersebelahan peranti baharu.

  4. Apabila anda melihat Sediakan [peranti] baharu pada iPhone anda, ketik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Jika anda mempunyai kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda, ketik nama anak anda.

    • Jika anda perlu mencipta Apple ID baharu untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 13 tahun, ketik Cipta Akaun Anak Baharu, kemudian cipta Apple ID untuk anak anda.

  5. Ikuti arahan atas skrin untuk selesai menyediakan peranti anak anda.

Sediakan iPhone atau iPad untuk kanak-kanak tanpa menggunakan Mula Cepat.

  1. Hidupkan peranti baharu.

  2. Apabila skrin Mula Cepat kelihatan, ketik Sediakan Tanpa Peranti Lain, ikuti arahan atas skrin, kemudian ketik Sediakan untuk Kanak-kanak dalam Keluarga Saya.

  3. Teruskan mengikut arahan atas skrin untuk menyelesaikan persediaan.

Sediakan iPhone atau iPad untuk kanak-kanak dalam Seting

Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun kanak-kanak semasa persediaan, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke Seting .

  2. Ketik Daftar masuk ke iPhone.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Daftar masuk dengan iPhone atau iPad berdekatan: Ketik Gunakan Peranti Apple Lain, kemudian ikuti arahan atas skrin. Jika anda telah pun mempunyai kanak-kanak dalam kumpulan keluarga anda, ketik nama mereka, kemudian ketik Mulakan. Jika anda perlu mencipta Apple ID baharu untuk kanak-kanak, ketik Cipta Akaun Anak Baharu.

    • Daftar masuk dengan alamat e-mel atau nombor telefon dan kata laluan: Ketik Daftar masuk Secara Manual, kemudian ketik Daftar masuk kanak-kanak dalam Keluarga saya.

  4. Teruskan mengikut arahan atas skrin untuk menyelesaikan persediaan.

Anda boleh mengesetkan pengehadan kandungan, had komunikasi dan masa henti; menyediakan Jarak Skrin; berkongsi lokasi dengan semua ahli kumpulan Perkongsian Keluarga, termasuk mana-mana ahli baharu yang ditambahkan kemudian; dan mengaktifkan Minta untuk Beli. Anda boleh menukar seting ini bila-bila masa.

Nota: Jarak Skrin tersedia pada model disokong.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.