Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi sambungan internet anda daripada iPhone

Anda boleh menggunakan Hotspot Peribadi untuk berkongsi sambungan internet selular daripada iPhone anda ke peranti lain. Hotspot Peribadi berguna apabila peranti lain tidak mempunyai akses internet daripada rangkaian Wi-Fi.

Nota: Hotspot Peribadi tidak tersedia dengan semua pembawa. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Bilangan peranti yang boleh menyertai Hotspot Peribadi anda pada satu masa bergantung pada pembawa dan model iPhone anda. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sediakan Hotspot Peribadi pada iPhone

Pergi ke Seting  > Selular, ketik Sediakan Hotspot Peribadi, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Jika anda menyediakan iPhone anda untuk menggunakan dua SIM, Hotspot Peribadi menggunakan talian yang anda pilih untuk data selular. Lihat Sediakan Dwi SIM.

Nota: Jika Data Selular diaktifkan dalam Seting > Selular, tetapi anda tidak melihat Sediakan Hotspot Peribadi sebagai pilihan, hubungi pembawa anda tentang menambah Hotspot Peribadi ke pelan anda.

Sambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda

Anda boleh menggunakan Wi-Fi, kabel USB, atau Bluetooth® untuk menyambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda. Lakukan salah satu daripada berikut:

Sambungkan iPad atau iPhone lain ke Hotspot Peribadi anda

Pada peranti lain, pergi ke Seting > Wi-Fi, pilih peranti lain anda daripada senarai rangkaian yang tersedia, kemudian masukkan kata laluan Hotspot Peribadi (jika digesa).

Untuk mendapatkan maklumat tentang menyambungkan iPad, lihat Sertai Hotspot Peribadi dalam Panduan Pengguna iPad.

Nyahaktifkan Hotspot Peribadi atau tukar kata laluan

Pergi ke Seting > Hotspot Peribadi, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

  • Tukar kata laluan: Ketik Kata Laluan Wi-Fi dan ikuti arahan atas skrin.

  • Nyahaktifkan Hotspot Peribadi: Nyahaktifkan Benarkan Orang Lain untuk Menyertai. Semua peranti yang menggunakan Hotspot Peribadi anda diputuskan sambungan.

Apabila Mac disambungkan ke Hotspot Peribadi anda, jalur biru kelihatan di bahagian atas skrin iPhone anda dan ikon Hotspot Peribadi kelihatan dalam bar status Mac yang disambungkan.

Nota: Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama dan anda telah mengaktifkan Bluetooth dan Wi-Fi pada kedua-dua peranti, anda boleh menyambungkan peranti tanpa memasukkan kata laluan.

Apabila anda berkongsi Hotspot Peribadi daripada iPhone anda, ia menggunakan data selular untuk sambungan internet. Untuk memantau penggunaan rangkaian data selular anda, pergi ke Seting > Selular. Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.

Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi Hotspot Peribadi anda dengan sebarang ahli keluarga anda. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.