Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bermula dengan Kesihatan pada iPhone

App Kesihatan pada iPhone menyimpan data kesihatan daripada beberapa sumber berbeza: iPhone, iPad, Apple Watch anda dan app serta peranti pihak ketiga yang serasi. Anda boleh menyediakan jadual tidur, semak paras fon kepala anda, jadualkan masa untuk mengambil ubat dan banyak lagi.

Skrin Ringkasan dalam Kesihatan. Maklumat tentang aktiviti, ubat, keadaan minda dan latihan kelihatan di bawah Kegemaran.

Cari data kesihatan anda di satu tempat

iPhone menyimpan dan menganalisis butiran kesihatan yang berharga secara automatik, termasuk data mobiliti, sejarah tidur dan rekod kesihatan daripada penyedia perubatan anda. Anda juga boleh menambah maklumat tentang ubat yang anda sedang ambil, kitar haid anda dan banyak lagi secara manual. Untuk memaparkan semua data kesihatan anda, buka app Kesihatan dan skrol ke bawah untuk melihat serlahan.

Skrin Ubat dalam Kesihatan menunjukkan tarikh dan log untuk ubat.

Jadualkan ubat anda

Cipta senarai ubat yang anda ambil, jadual untuk mengambilnya serta log apabila anda berbuat demikian. Untuk menambah ubat baharu, ketik Layari, ketik Ubat, kemudian ketik Tambah Ubat.

Skrin Penjejakan Kitaran menunjukkan garis masa untuk seminggu di bahagian atas skrin. Bulatan merah padu dan titik ungu menandakan 5 hari pertama pada garis masa. Di bawah garis masa ialah pilihan untuk menambah maklumat tentang haid, simptom dan banyak lagi.

Jejak kitaran haid anda

Dengan Penjejakan Kitaran, anda boleh mengelog haid anda, merekod simptom seperti kekejangan dan menjejak faktor kitaran seperti laktasi. Anda juga boleh menggunakannya untuk membantu meramal masa haid atau tempoh kesuburan anda yang seterusnya akan bermula. Untuk menyediakan Penjejakan Kitaran, ketik Layari, ketik Penjejakan Kitaran, kemudian ketik Sediakan Penjejakan Kitaran.

Skrin Perkongsian menunjukkan satu orang berkongsi dengan anda.

Kongsi data kesihatan anda

Berkongsi data dengan rakan, keluarga, doktor dan orang lain yang prihatin terhadap anda secara selamat. Anda mengawal butiran yang dikongsi, orang yang anda berkongsi dan masa untuk berhenti berkongsi. Untuk berkongsi data kesihatan anda, ketik Perkongsian, kemudian ketik “Kongsi dengan doktor anda”.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.