Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Urus pustaka anda dalam app Apple TV pada iPhone anda

Dalam app Apple TV , pustaka anda mengandungi rancangan dan filem yang anda beli, sewa dan muat turun. Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda juga boleh melihat pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga.

Layari pustaka anda

Ketik Pustaka, kemudian ketik Rancangan TV, Filem, atau Genre.

Tonton filem yang anda sewa

  1. Ketik Pustaka, ketik Sewaan, kemudian ketik filem.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Main: Ketik butang Main. Masa yang tinggal dalam tempoh sewaan ditunjukkan.

    • Muat turun: Ketik butang Muat Turun untuk menonton item kemudian semasa iPhone tidak disambungkan ke internett.

Kongsi pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga

Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda dan ahli keluarga anda boleh berkongsi pembelian dalam app Apple TV.

Ketik Pustaka, ketik Perkongsian Keluarga, kemudian pilih ahli keluarga.

Keluarkan item dimuat turun

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik Dimuat Turun.

  2. Leret ke kiri pada item yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.

Mengeluarkan item daripada iPhone tidak memadamkannya daripada pembelian anda dalam iCloud. Anda boleh memuat turun item ke iPhone lagi kemudian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.