Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Pengesahan Kunci Kenalan pada iPhone

Anda boleh menggunakan Pengesahan Kunci Kenalan untuk menerima isyarat automatik yang membantu mengesahkan anda hanya berkomunikasi dengan orang yang anda mahukan. Anda juga boleh menjana kod unik yang anda dan kenalan anda boleh membandingkan secara serentak dalam app Mesej untuk terus mengesahkan identiti satu sama lain. Tambahan lagi, anda boleh menyiarkan Kod Pengesahan Awam ke akaun media sosial supaya orang lain boleh mengesahkan bahawa ianya adalah anda apabila mereka menghantar mesej dan anda boleh menyimpan kod orang lain dalam app Kenalan .

Nota: Pengesahan Kunci Kenalan direka bentuk untuk menghalang serangan siber yang sangat sofistikated; ia tidak direka bentuk untuk menghalang penipuan seperti pemancingan data atau penipuan berasaskan teks. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pengesahan Kunci Kenalan dan menyelesaikan masalah, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Pengesahan Kunci Kenalan iMessage.

Sebelum anda bermula

Untuk menggunakan Pengesahan Kunci Kenalan, pastikan yang berikut:

  • Peranti anda mestilah menggunakan iOS 17.2, iPadOS 17.2, watchOS 9.2 dan macOS 14.2, atau lebih baharu dan mestilah dilindungi kod laluan atau kata laluan.

  • Anda telah mendaftar masuk ke iCloud dan iMessage dengan Apple ID yang sama dan mengaktifkan pengesahan dua faktor untuk Apple ID anda.

  • Orang yang anda cuba sahkan berada dalam kenalan anda.

Aktifkan Pengesahan Kunci Kenalan

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Pengesahan Kunci Kenalan.

  2. Aktifkan Pengesahan dalam iMessage, kemudian ketik Teruskan.

    Nota: Apabila anda mengaktifkan Pengesahan Kunci Kenalan, anda digesa untuk mengemas kini semua peranti Apple anda untuk perisian serasi. Jika anda mempunyai peranti yang tidak dapat dikemas kini, anda perlu mendaftar keluar daripada iMessage pada peranti tersebut sebelum anda boleh mengaktifkan ciri ini.

Kongsi Kod Pengesahan Awam

Anda boleh berkongsi Kod Pengesahan Awam anda dalam mesej atau siarkannya pada akaun media sosial supaya orang lain boleh mengesahkan identiti anda.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Pengesahan Kunci Kenalan.

  2. Ketik Tunjukkan Kod Pengesahan Awam.

  3. Untuk berkongsi Kod Pengesahan Awam anda, ketik Salin Kod Pengesahan, ketik OK, kemudian tampalkan kod pada tempat yang anda mahu kongsikannya.

Anda juga boleh menggunakan Kod Pengesahan Awam orang lain untuk mengesahkan identiti mereka. Sebagai contoh, jika seseorang berkongsi Kod Pengesahan Awam dengan anda yang tidak sepadan dengan kod yang telah dipaparkan pada profil media sosial mereka, anda patut berhenti menghantar mesej kepada mereka sehingga anda boleh mengesahkan identiti mereka.

Janakan kod pengesahan dalam Mesej

Untuk paras keselamatan yang lebih tinggi, anda dan kenalan anda boleh menjanakan kod pengesahan dalam Mesej, kemudian menyimpan Kod Pengesahan Awam satu sama lain dalam Kenalan. Cara ini berguna apabila anda mahu mengesahkan satu sama lain secara serentak, atau jika Kod Pengesahan Awam yang anda terima tidak sepadan dengan kod yang kenalan anda kongsikan dengan anda.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Ketik nama orang di bahagian atas perbualan, skrol ke bawah, kemudian ketik Sahkan Kenalan.

    Apabila orang lain mengetik Sahkan Kenalan pada peranti mereka, kod pengesahan kenalan kelihatan.

  3. Bandingkan kod pengesahan pada kedua-dua peranti, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Jika kod sepadan: Ketik Tandakan sebagai Disahkan, kemudian ketik Kemas Kini untuk menambah kod pengesahan pada kad kenalan orang lain.

    • Jika kod tidak sepadan: Anda mungkin tidak berhubung dengan orang yang anda mahukan. Ketik Tiada Padanan, kemudian berhenti menghantar mesej kepada orang tersebut sehingga anda boleh mengesahkan identiti mereka.

Selepas anda mengesahkan kenalan, kotak semak kelihatan bersebelahan nama mereka dalam Mesej. Anda juga boleh menyemak status pengesahan mereka dalam Butiran Perbualan, atau cari Kod Pengesahan Awam mereka dalam Kenalan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.