Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Layari web menggunakan Safari pada iPhone

Dalam app Safari , anda boleh melayari web, melihat tapak web, pratonton pautan tapak web, menterjemahkan halaman web dan menambah semula app Safari ke Skrin Utama anda jika ia dikeluarkan. Daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama pada berbilang peranti untuk memastikan tab terbuka anda, penanda buku, sejarah dan Senarai Bacaan dikemas kini merentas semua peranti anda.

Tapak web dibuka dalam Safari, dengan medan alamat di bahagian bawah. Di bahagian bawah, dari kiri ke kanan, ialah butang Balik, Maju, Kongsi, Penanda Buku dan Tab.

Lihat tapak web dengan Safari

Anda boleh menavigasi halaman web secara mudah dengan beberapa ketikan.

  • Kembali ke bahagian atas: Dwiketik pinggir atas skrin untuk kembali dengan cepat ke bahagian atas halaman yang panjang.

  • Lihat lebih pada halaman: Putar iPhone ke orientasi landskap.

  • Segar semula halaman: Tarik ke bawah dari bahagian atas halaman.

  • Kongsi pautan: Di bahagian bawah halaman, ketik butang Kongsi .

Pratonton pautan tapak web

Sentuh dan tahan pautan dalam Safari untuk melihat pratonton pautan tanpa membuka halaman. Untuk membuka pautan, ketik pratonton, atau pilih Buka.

Untuk menutup pratonton dan kekal pada halaman semasa, ketik di mana-mana di luar pratonton.

Pratonton URL destinasi diikuti oleh senarai tindakan yang boleh: Buka, Buka dalam Tab Baharu, Buka dalam Kumpulan Tab, Muat Turun Fail Dipautkan, Tambah ke Senarai Dibaca dan Salin Pautan.

Terjemahkan halaman web atau imej

Apabila anda melihat halaman web atau imej dalam bahasa lain, anda boleh menggunakan Safari untuk menterjemahkan teks (tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau).

Ketik butang Seting Halaman, kemudian ketik butang Terjemah (jika terjemahan tersedia).

Tambah Safari ke Skrin Utama anda semula

Jika anda tidak melihat Safari pada Skrin Utama, anda boleh mencarinya dalam Pustaka App dan menambahnya semula.

  1. Pada Skrin Utama, leret ke kiri sehingga anda melihat Pustaka App.

  2. Masukkan “Safari” dalam medan carian.

  3. Tekan dan tahan ikon app Safari, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.