Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pilih pilihan laluan lain dalam Peta pada iPhone

Dengan laluan ditunjukkan dalam app Peta , anda boleh memilih pelbagai pilihan sebelum anda mengetik Pergi.

Peta menunjukkan berbilang laluan memandu antara dua lokasi, dengan pilihan untuk memilih mod perjalanan lain, menukar titik permulaan dan destinasi serta melihat arah dalam senarai.

Tukar titik permulaan atau destinasi

  • Tukar titik permulaan dan destinasi: Dalam senarai Arah, sentuh dan tahan butang Susun Semula untuk lokasi permulaan, kemudian seretnya ke bawah destinasi.

  • Pilih titik permulaan atau destinasi berbeza: Dalam senarai Arah, ketik permulaan atau destinasi, kemudian gunakan medan carian atau hasil carian terbaharu untuk mencari dan memilih lokasi yang berbeza.

Bertukar ke mod perjalanan yang berbeza

Ketik mod perjalanan (di atas titik permulaan arah): butang Memandu, butang Berjalan, butang Transit, butang Berbasikal, atau butang Kenderaan. (Perkongsian kenderaan tersedia di kawasan terpilih.)

Tambah hentian pada arah pemanduan anda

Anda boleh menambah sehingga 14 hentian sepanjang laluan anda.

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik Tambah Hentian ( di bawah Arah), gunakan medan carian atau hasil carian terbaharu bagi mencari dan memilih tempat untuk berhenti, kemudian ketik Tambah (dalam senarai hasil carian) atau Tambah Hentian (dalam kad tempat untuk hasil carian).

    • Zum masuk dan alihkan peta, ketik tempat (contohnya, tanda tempat atau perniagaan), kemudian ketik Tambah Hentian dalam kad tempat. Atau sentuh dan tahan tempat untuk menandakanya dengan pin, kemudian ketik Tambah Hentian dalam kad tempat.

    Hentian pilihan anda kelihatan sebagai destinasi terakhir dalam senarai Arah.

  2. Sentuh dan tahan butang Susun Semula untuk hentian, kemudian seretnya ke hadapan destinasi terakhir anda.

    Untuk memadamkan hentian, leretnya ke kiri.

Lihat dan kongsi arah laluan dalam senarai

  1. Ketik anggaran masa perjalanan laluan pada kad laluan.

  2. Untuk berkongsi arah, skrol ke bawah kad, kemudian ketik Kongsi.

  3. Apabila anda selesai, ketik Selesai.

    Arah laluan pusingan demi pusingan ditunjukkan dalam senarai.

Bergantung pada mod perjalanan, anda mungkin mempunyai pilihan laluan lain, seperti memilih masa bertolak semasa memandu, mengelakkan trafik sesak semasa berbasikal atau berjalan, atau memilih kaedah transit yang anda suka.

Nota: Arah untuk berbilang hentian tersedia di negara dan rantau terpilih.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.