Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil penilaian kesihatan mental dalam Kesihatan pada iPhone

Dalam app Kesihatan pada iPhone, anda juga boleh mengambil penilaian kesihatan mental standard bersesuaian dengan umur (kerap digunakan oleh klinisian) untuk menjawab soalan tentang perasaan anda dan melihat risiko semasa anda untuk kemurungan atau keresahan. Soal selidik ini akan membantu anda memahami jika anda perlu bercakap dengan doktor anda dan anda akan memperoleh keputusan dalam PDF yang boleh dikongsi.

Ambil penilaian kesihatan mental

  1. Buka app Kesihatan pada iPhone anda.

  2. Ketik Layari, kemudian ketik Kesejahteraan Mental.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ambil penilaian untuk keresahan atau kemurungan: Ketik Risiko Keresahan atau Risiko Kemurungan, kemudian ketik Lakukan Soal Selidik.

    • Ambil penilaian untuk kemurungan dan juga keresahan: Skrol ke bawah ke Manfaatkan Sepenuhnya Kesihatan, kemudian ketik Lakukan Soal Selidik.

  4. Ketik Mula, kemudian jawab gesaan.

  5. Apabila anda selesai, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketahui lebih lanjut tentang keputusan anda: Ketik butang Maklumat Lanjut bersebelahan keputusan anda.

    • Eksport keputusan anda sebagai PDF: Di bawah Langkah Seterusnya, ketik Eksport PDF.

    • Dapatkan akses kepada artikel dan sumber krisis: Skrol ke bawah ke Sumber Kesihatan Mental dan Ketahui Lebih Lanjut.

  6. Apabila anda selesai, ketik Selesai.

Nota: Soal Selidik Kesihatan Pesakit-9 (Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9)) dan Kecelaruan Keresahan Umum-7 (Generalized Anxiety Disorder-7 (GAD-7)), dibangunkan oleh Doktor Robert L. Spitzer, Janet B.W. Williams, Kurt Kroenke dan rakan, dengan geran pendidikan daripada Pfizer Inc., boleh menjadi alat yang berguna untuk membantu mengenal pasti jika anda mempunyai risiko kemurungan dan/atau keresahan. Soal selidik ini disediakan dalam Kesihatan untuk tujuan maklumat sahaja dan keputusannya bukanlah diagnosis perubatan. Penilaian hanya disahkan secara klinikal di negara dan bahasa tertentu. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang kesihatan mental, anda seharusnya berunding dengan klinisian.

Urus seting penilaian kesihatan mental

  1. Buka app Kesihatan pada iPhone anda.

  2. Ketik Layari, kemudian ketik Kesejahteraan Mental.

  3. Ketik Risiko Keresahan atau Risiko Kemurungan, skrol ke bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pilihan di bawah Eksport PDF.

  4. Aktifkan atau nyahaktifkan Soal Selidik Berkala dan Pengelogan Tidak Menyenangkan.

Apabila anda mengaktifkan Soal Selidik Berkala dan Pengelogan Tidak Menyenangkan, anda menerima gesaan untuk menjawab soal selidik beberapa kali setahun atau apabila anda mempunyai corak perasaan tidak menyenangkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.