Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dan susun senarai dalam Peringatan pada iPhone

Dalam app Peringatan , anda boleh menyusun item anda dalam senarai dan kumpulan. Anda juga boleh mencari semua senarai item anda yang mengandungi teks khusus dengan mudah.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.

Cari item dalam semua senarai anda

Dalam medan carian di atas senarai peringatan, masukkan perkataan atau frasa.

Cipta atau edit senarai dan kumpulan

Anda boleh menyusun item anda ke dalam senarai dan kumpulan senarai seperti kerja, sekolah, atau beli-belah. Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Cipta senarai baharu: Ketik Tambah Senarai, pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu), masukkan nama, kemudian pilih warna dan simbol untuk senarai.

  • Cipta kumpulan senarai: Seret senarai ke dalam senarai lain; atau ketik butang Lagi, ketik Edit Senarai, ketik Tambah Kumpulan, masukkan nama, kemudian ketik Cipta.

  • Susun semula senarai dan kumpulan: Seret senarai atau kumpulan ke lokasi baharu. Anda juga boleh mengalihkan senarai ke kumpulan lain.

  • Tukar nama dan rupa senarai atau kumpulan: Leret kiri pada senarai atau kumpulan, kemudian ketik butang Edit Butiran.

Pinkan senarai untuk akses mudah

Untuk pinkan senarai penting di bahagian atas senarai lain, sentuh dan tahan senarai, kemudian ketik Pin. Anda juga boleh meleret ke kanan pada senarai, kemudian ketik butang pin.

Anda boleh mempunyai maksimum sembilan senarai dipinkan.

Untuk menukar kedudukan senarai dipinkan, ketik butang Lagi, ketik Edit Senarai, kemudian seret butang Susun Semula ke kedudukan baharu.

Padam senarai atau kumpulan dan peringatannya

Leret kiri pada senarai atau kumpulan, kemudian ketik butang Padam. Apabila anda memadamkan kumpulan, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan senarai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.