Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bangunkan, buka kunci dan kunci iPhone

iPhone mematikan paparan untuk menjimatkan kuasa, mengunci untuk keselamatan dan tidur apabila anda tidak menggunakannya. Anda boleh bangunkan dan buka kunci iPhone apabila anda mahu menggunakannya lagi.

Bangunkan iPhone

Untuk membangunkan iPhone, lakukan satu daripada yang berikut:

  • Tekan butang sisi.

    Anak panah hijau menunjuk ke butang di sebelah kanan iPhone.
  • Angkat iPhone.

    Tangan mengangkat iPhone daripada permukaan rata.

    Nota: Untuk menyahaktifkan Angkat untuk Bangun, pergi ke Seting  > Paparan & Kecerahan.

  • Ketik skrin (tidak tersedia pada iPhone SE).

    Jari mengetik skrin untuk membangunkan iPhone.

Buka kunci iPhone dengan Face ID

Jika anda mempunyai iPhone dengan Face ID, tetapi anda tidak mengaktifkan Face ID semasa persediaan, lihat Sediakan Face ID. Kemudian ikuti langkah ini:

  1. Ketik skrin atau angkat iPhone untuk membangunkannya, kemudian pandang pada iPhone anda.

    Ikon kunci beranimasi daripada tutup ke buka untuk menandakan iPhone dibuka kunci.

  2. Leret ke atas dari bahagian bawah skrin.

  3. Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi.

Nota: iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin untuk masa seminit atau lebih. Walau bagaimanapun, jika Ciri Kesedaran Perhatian diaktifkan dalam Seting  > Face ID & Kod Laluan, iPhone tidak akan malap atau dikunci asalkan ia mengesan perhatian.

Buka kunci iPhone dengan Touch ID

Jika anda mempunyai iPhone dengan butang Utama, tetapi anda tidak mengaktifkan Touch ID semasa persediaan, lihat Sediakan Touch ID pada iPhone. Kemudian ikuti langkah ini:

  1. Untuk membuka kunci iPhone, tekan butang Utama menggunakan jari yang anda daftarkan dengan Touch ID.

  2. Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi.

    Nota: iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin untuk masa seminit atau lebih.

Butang Utama (Touch ID) di bahagian bawah iPhone.

Buka kunci iPhone dengan kod laluan

Jika anda tidak mencipta kod laluan apabila anda menyediakan iPhone, lihat Setkan kod laluan pada iPhone. Kemudian ikuti langkah ini:

  1. Leret ke atas dari bahagian bawah Skrin Kunci (pada iPhone dengan Face ID) atau tekan butang Utama (pada model iPhone lain).

  2. Masukkan kod laluan anda.

Kunci iPhone secara manual

iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin untuk masa seminit atau lebih.

Untuk mengunci iPhone dengan cepat, tekan butang sisi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.