Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan foto album dalam Foto pada iPhone

Gunakan album dalam app Foto untuk melihat dan menyusun foto serta video anda. Ketik Album untuk melihat foto dan video anda disusun dalam kategori dan jenis media berbeza, seperti Video, Potret dan Slo-mo. Anda juga boleh melihat foto anda disusun pada peta dunia dalam album Tempat, atau melayari foto anda berdasarkan orang di dalamnya dalam album Orang.

Album Terbaru menunjukkan keseluruhan koleksi foto anda dalam tertib anda menambah foto ke pustaka anda dan album Kegemaran menunjukkan foto dan video yang anda tandakan sebagai kegemaran.

Tab Album di bahagian bawah skrin dipilih dan skrin Album menunjukkan bilangan album di bawah pengepala Album Saya dan Album Dikongsi. Bersebelahan tajuk Album Saya ialah butang Lihat Semua. Di penjuru kiri atas skrin ialah butang Tambah.

Jika anda menggunakan Foto iCloud, album disimpan dalam iCloud. Album terkini dan boleh diakses pada peranti yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Gunakan Foto iCloud pada iPhone.

Cipta album baharu

  1. Ketik Album di bahagian bawah skrin.

  2. Ketik butang Tambah, kemudian pilih Album Baharu.

    Skrin Album. Butang Album Baharu di penjuru kiri atas dipilih, menunjukkan pilihan untuk menambah album baharu, folder baharu, atau album dikongsi baharu.
  3. Namakan album, kemudian ketik Simpan.

  4. Ketik imej kecil foto dan video yang anda mahu tambah pada album, kemudian ketik Tambah.

Untuk mencipta album dikongsi, lihat Kongsi foto dengan Album Dikongsi dalam iCloud.

Tambah foto atau video daripada pustaka anda ke album

  1. Ketik Pustaka, buka foto atau video dalam skrin penuh, kemudian ketik butang Pilihan Lanjut.

  2. Ketik Tambah ke Album, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Mulakan album baharu: Ketik Album Baharu, kemudian namakan album.

    • Tambah pada album sedia ada: Ketik album sedia ada di bawah Album Saya.

Tambah berbilang foto dan video daripada pustaka anda ke album

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik Hari atau Semua Foto.

  2. Ketik Pilih di bahagian atas skrin, ketik imej kecil foto dan video yang anda mahu tambah, kemudian ketik butang Pilihan Lanjut.

  3. Ketik Tambah ke Album, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Mulakan album baharu: Ketik Album Baharu, kemudian namakan album.

    • Tambah pada album sedia ada: Ketik album sedia ada di bawah Album Saya.

Namakan semula album

Anda boleh menamakan semula album yang anda cipta dalam Foto.

  1. Ketik Album, kemudian ketik album yang anda mahu tambah.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Namakan Semula Album.

  3. Masukkan nama baharu dalam medan teks, kemudian ketik Simpan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.