Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Besarkan dan periksa objek di sekitar anda dengan iPhone

Dalam app Pembesar , anda boleh menggunakan iPhone anda sebagai kanta pembesar untuk zum masuk pada objek berdekatan anda. Anda juga boleh menggunakan iPhone anda untuk menapis warna, menambah kontras, meningkatkan fokus dan memegunkan bingkai. Pada model disokong, anda boleh mentafsirkan persekitaran anda dengan Mod Pengesanan.

Skrin Pembesar menunjukkan imej dekat bunga.

Aktifkan Pembesar

Buka app Pembesar dengan mana-mana cara berikut:

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Pembesar”. Ketahui cara menggunakan Siri.

  • Ketik ikon app Pembesar pada iPhone anda.

    (Jika anda tidak melihat ikon app Pembesar pada Skrin Utama, pergi ke Pustaka App, kemudian cari dalam folder Utiliti.)

  • Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Pembesar.

    (Jika anda tidak melihat butang Pembesar, tambahnya pada Pusat Kawalan—pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Masukkan di sebelah Pembesar).

Anda juga boleh menyediakan iPhone anda untuk mengaktifkan kanta Pembesar dengan mengetik belakang iPhone atau mengetik tiga kali butang (lihat Buka ciri dengan Pintasan Kebolehcapaian dengan cepat pada iPhone).

Pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, anda boleh menetapkan butang Tindakan untuk membuka Pembesar. Lihat Guna dan sesuaikan butang Tindakan pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Laraskan imej

  1. Buka app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Untuk melaraskan zum, seret gelangsar ke kiri atau kanan.

  3. Gunakan mana-mana kawalan berikut:

    • Laraskan kecerahan: Ketik butang Kecerahan.

    • Laraskan kontras: Ketik butang Kontras.

    • Gunakan penapis warna: Ketik butang Penapis. (Lihat Pilih penapis warna kegemaran anda.)

    • Tambah lagi cahaya: Ketik butang Lampu Suluh untuk mengaktifkan lampu suluh.

    • Kunci fokus: Ketik butang Kunci Fokus.

    • Bertukar ke kamera berbeza: Ketik butang Kamera untuk bertukar kepada kamera depan atau belakang. Pada iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, anda juga boleh memilih Syot Dekat apabila anda perlu melihat sesuatu yang sangat kecil yang sangat dekat dengan kamera.

  4. Leret ke kiri untuk mendedahkan lebih banyak kawalan. Jika anda tidak melihat kawalan yang anda mahukan, anda boleh menambah lebih kawalan.

Anda boleh menyimpan kawalan pilihan anda untuk tugas dan situasi berulang—contohnya, membaca menu di restoran. Ketik butang Seting, kemudian ketik Simpan Aktiviti Baharu. Untuk mengedit aktiviti disimpan anda butang Seting, ketik Seting, ketik Aktiviti, kemudian ketik nama aktiviti yang anda mahu edit.

Bekukan bingkai

Anda boleh membekukan satu atau lebih bingkai dan menyemaknya semula.

Nota: Bingkai pegun tidak disimpan pada Foto.

  1. Buka app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Bekukan Bingkai.

  3. Untuk membekukan lebih banyak bingkai, ketik butang Mod Berbilang Foto, tempatkan semula kamera, kemudian ketik butang Tambah.

    Untuk menyemak semula bingkai pegun, ketik Lihat, kemudian ketik bingkai yang anda mahu lihat.

  4. Untuk kembali ke kantang langsung, ketik butang Tutup atau Selesai.

Gunakan Mod Pengesanan

Pada model disokong, anda boleh menggunakan app Pembesar untuk mengesan orang atau pintu, mendapatkan perihalan imej persekitaran anda dan untuk membaca teks atau label interaktif di sekeliling anda.

  1. Buka app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Mod Pengesanan untuk pergi ke Mod Pengesanan.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

Penting: Mod Pengesanan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan, dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, atau untuk menavigasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.