Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan iPhone seperti kanta pembesar

Dalam app Pembesar, anda boleh menggunakan iPhone anda seperti kanta pembesar untuk zum masuk pada teks atau objek di sekeliling anda.

App Pembesar menunjukkan imej dekat bunga.

Besarkan teks atau objek berdekatan

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Tunjukkan kamera iPhone ke teks atau objek yang anda mahu besarkan, kemudian seret gelangsar untuk zum masuk atau keluar.

  3. Anda juga boleh menggunakan mana-mana kawalan berikut:

Petua: Sediakan pintasan untuk membuka Pembesar dengan cepat dengan mengklik atau menekan butang iPhone atau mengetik belakang iPhone atau daripada Pusat Kawalan. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat.

Pada iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, anda juga boleh menyesuaikan Kawalan Kamera untuk membuka Pembesar. Lihat Gunakan Kawalan Kamera untuk membuka app lain.

Pegunkan bingkai buat sementara

Anda boleh menangkap perkara dalam bingkai tanpa menyimpannya ke Foto.

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Tangkap, kemudian lakukan satu daripada berikut:

Lihat teks dalam format untuk pembacaan lebih mudah

Jika anda menangkap bingkai yang mengandungi teks, anda boleh melihatnya dalam format disesuaikan untuk pembacaan lebih mudah. Malah, anda boleh melaraskan fon, saiz dan warna teks.

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Tangkap untuk menangkap bingkai, kemudian ketik butang Pembaca.

    Pembesar mengisyaratkan anda jika tiada teks dikesan dalam bingkai yang anda tangkap.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tukar rupa teks: Ketik butang Saiz Teks, kemudian pilih pilihan untuk fon, saiz dan warna teks.

    • Dengar teks dituturkan: Ketik butang Saiz Teks, kemudian ketik Dengar Halaman.

    • Kembali ke bingkai ditangkap: Ketik butang Tutup.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.