Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan pengesyoran yang diperibadikan dalam Muzik pada iPhone

Sebaik sahaja anda melanggan Apple Music, anda boleh membuat pilihan supaya anda melihat senarai main, album dan lagu berdasarkan cita rasa anda. Jika anda tidak mahu Muzik membuat pengesyoran, anda juga boleh menyahaktifkan sejarah pendengaran anda.

Skrin Laman Utama dalam app Muzik menunjukkan Pilihan Popular di bahagian atas. Anda boleh meleret ke kiri atau kanan untuk melihat lebih banyak muzik hanya untuk anda. Terbaru Dimain kelihatan di bawah.

Pilih genre dan artis kegemaran anda

Apabila anda mula mengetik Laman Utama, anda diminta untuk memberitahu Apple Music tentang kesukaan anda. Apple Music menggunakan keutamaan ini apabila mengesyorkan muzik.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik genre yang anda sukai (dwiketik yang anda gemari dan sentuh serta tahan genre yang anda tidak inginkan).

  3. Ketik Seterusnya, kemudian lakukan yang sama dengan artis yang kelihatan.

Beritahu Apple Music untuk mengabaikan tabiat pendengaran anda

Anda boleh menyahaktifkan sejarah pendengaran anda supaya Apple Music mengabaikan tabiat pendengaran anda dan melaraskan pengesyoran muzik baharu dan kandungan senarai main Main Semula.

  1. Pergi ke Seting  > App > Muzik.

  2. Nyahaktifkan Guna Sejarah Pendengaran.

Tindakan ini juga menyembunyikan semua muzik yang anda mainkan daripada pengikut anda di Apple Music. Untuk menyembunyikan hanya senarai main atau album tertentu, lihat Sembunyikan muzik daripada pengikut anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.