Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil dan edit foto serta video dalam Mesej pada iPhone

Anda boleh menangkap foto dan video secara langsung dalam app Mesej. Anda juga boleh mengubah suai foto dan video sebelum anda menghantarnya dengan mengedit imej, menandakannya atau menambah kesan.

Nota: Pembawa anda mungkin mengesetkan had saiz untuk lampiran; iPhone mungkin memampat lampiran foto dan video jika perlu.

Pengeditan foto dalam Mesej.

Ambil dan edit foto atau video baharu

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan atau mulakan mesej baharu, ketik butang App, kemudian ketik Kamera.

  3. Untuk menukar mod kamera, ketik Slo-mo, Video, Foto, Potret atau Pano. (Anda mungkin perlu meleret ke kiri atau kanan.)

  4. Untuk menambah kesan kamera pada foto atau video anda—seperti penapis, pelekat, label dan bentuk—ketik butang Kesan, kemudian ketik butang, seperti butang Penapis atau butang Memoji. Pilih pilihan, kemudian ketik butang Tutup untuk menambah kesan pada imej anda.

  5. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ambil foto: Letakkan tangkapan dalam pemidang tilik, kemudian ketik butang Ambil Gambar.

    • Ambil video: Ketik butang Rakam Video untuk mula merakam dan butang Henti Merakam Video untuk berhenti.

  6. Ketik Selesai untuk menambah foto atau video ke gelembung mesej, tambah komen, kemudian ketik Butang Hantar untuk menghantar mesej anda. (Atau hanya ketik butang Hantar untuk menghantar foto atau video tanpa menambah mesej.)

    Nota: Untuk menghantar lampiran SMS, MMS atau RCS pada model dengan Dwi SIM, anda perlu menyediakan Dwi SIM.

Anda juga boleh menghantar foto atau video dengan kesan Digital Touch atau merakam mesej video dalam app FaceTime.

Nota: Anda boleh membuat iPhone anda (atau ahli keluarga) menerima amaran tentang kandungan sensitif dan memberi amaran kepada anda sebelum ia dihantar atau diterima. Lihat Terima amaran tentang kandungan sensitif atau Semak imej sensitif.

Tambah dan edit foto sedia ada

Anda boleh mengedit atau menandakan imej sedia ada daripada pustaka foto anda sebelum anda menghantarnya dalam perbualan Mesej.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan atau mulakan mesej baharu, ketik butang App, kemudian ketik Foto.

  3. Leret ke atas untuk mencari, melayari semua foto, atau menukar album, kemudian ketik imej yang anda mahu hantar.

  4. Untuk mengubah foto, ketik foto dalam gelembung mesej, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  5. Tambah komen (pilihan), kemudian ketik butang Hantar untuk menghantar foto.

Untuk mengeluarkan foto atau video daripada gelembung mesej sebelum menghantarnya, ketik butang Keluarkan Foto.

Nota: Lampiran yang anda hantar merentasi iMessage (seperti foto atau video) mungkin dimuat naik ke Apple dan disulitkan supaya tiada orang kecuali pengirim dan penerima yang boleh mengaksesnya. Untuk meningkatkan prestasi, iPhone anda mungkin memuat naik lampiran kepada Apple secara automatik semasa anda mengarang mesej. Jika anda memutuskan untuk tidak menghantar mesej anda, lampiran dipadamkan daripada pelayan selepas beberapa hari.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.