Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Atur kad, kunci dan pas anda dalam Wallet pada iPhone

Dalam app Wallet, anda boleh mengatur kad, kunci dan pas dengan mudah untuk kesenangan anda. Setkan kad bayaran lalai, susun semula kad, arkibkan pas yang tamat tempoh dan keluarkan kad yang anda tidak lagi perlukan.

Susun semula kad, kunci dan pas anda

  1. Pergi ke app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Sentuh dan tahan kad yang anda mahu alihkan.

  3. Seret kad ke kedudukan baharu dalam tindanan.

Sembunyikan atau arkibkan pas tamat tempoh

Pergi ke Seting  > Wallet & Apple Pay, kemudian aktifkan Sembunyikan Pas Tamat Tempoh.

Nyahsembunyikan atau pulihkan pas tamat tempoh

Untuk memulihkan pas tamat tempoh ke tindanan Wallet, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Skrol ke bahagian bawah tindanan, kemudian ketik Lihat Pas Tamat Tempoh.

  3. Pilih pas yang anda mahu pulihkan, kemudian ketik Nyahsembunyi.

Untuk menyahsembunyikan semua pas tamat tempoh anda, pergi ke Seting  > Wallet & Apple Pay, kemudian nyahaktifkan Sembunyikan Pas Tamat Tempoh.

Keluarkan pas daripada Wallet secara kekal

  1. Pergi ke app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Ketik pas yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik butang Lagi atau butang Info Lanjut.

  3. Ketik Keluarkan Pas.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.